KBO League
Musim ini, persaingan atau edisi: KBO League musim 2023 | |
Fail:KBO League.svg | |
Sukan | Besbol |
---|---|
Ditubuhkan | 1982 |
Pengasas | KBO |
Bil. pasukan | 10 |
Negara | Korea Selatan |
Juara lalu | SSG Landers (gelaran ke-5) |
Juara terbanyak | Kia Tigers (11 gelaran) |
Rakan kongsi TV | Korea KBS MBC SBS SPOTV Luar Korea TSN (Kanada) ESPN Fox Sports (Asia-Pacific) |
Laman web rasmi | KoreaBaseball.com |
KBO League (bahasa Melayu: Liga KBO; Hangul: KBO 리그 ), secara rasminya Shinhan Bank SOL KBO League, ialah liga tertinggi besbol di Korea Selatan. KBO League telah ditubuhkan pada tahun 1982 yang terdiri daripada enam pasukan dan merupakan liga bagi sukan paling popular di Korea Selatan[1] Pasukan Kia Tigers merupakan pasukan paling cemerlang apabila meraih sebelas kejuaraan daripada 40 penampilan.
Sebagai perbandingan dengan Major League Baseball, ESPN melaporkan bahawa gaya permainan KBO "berada di antara Double-A dan Triple-A, secara purata, walaupun pemain-pemain terbaiknya memiliki kualiti-MLB berbanding liga tipikal Double-A."[2] Secara tradisinya, KBO dikenali dengan semangat kumpulan peminatnya,[3][4] serta perbuatan membalikkan kayu pemukul (ppa-dun (Korea: 빠던 ),[5][6] selepas mereka dapat memukul bola dengan menurut mereka, ia adalah pukulan home run.[5][6] Di KBO, tradisi tersebut telah dikesan sejak era 1990-an lagi.[6]
Struktur liga
[sunting | sunting sumber]Aksi musim
[sunting | sunting sumber]Sejak musim 2015, setiap pasukan akan beraksi sebanyak 144 perlawanan dalam kempen musim berbanding penetapan lama sebanyak 128 perlawanan setelah kemasukan pasukan KT Wiz untuk terlibat sebagai pasukan liga. Setiap pasukan akan berentap antara satu sama lain sebanyak 16 kali.[7][8] Secara amnya, pasukan-pasukan besbol di Korea akan mempunyai enam perlawanan setiap minggu dan hari Isnin akan menjadi hari rehat.
Perlawanan All-Star KBO
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan bulan Julai setiap musim, pemain-pemain terbaik akan mengambil bahagian di Perlawanan All-Star KBO. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada dua set iaitu "Dream All-Stars" (Doosan, KT, Lotte, Samsung dan SSG) dan "Nanum All-Stars" (Kia, Hanwha, LG, NC dan Kiwoom).
Post-season
[sunting | sunting sumber]KBO League mencapai kemuncaknya di siri kejuaraan yang dikenali sebagai KBO Korean Series. Lima pasukan terbaik akan layak ke post-season berdasarkan rekod menang-kalah. Pasukan layak terendah akan berentap di sistem playoff berperingkat yang bermula dengan setiap pemenang akan berhadapan dengan pasukan seterusnya tertinggi sehingga ia memuncak di Korean Series menentang pasukan teratas.[9]
- KBO Wild Card Game: pasukan tempat kelima vs. pasukan tempat keempat
- Pasukan tempat keempat memulakan siri dengan kelebihan 1-0 dan mara dengan satu menang atau seri manakala pasukan tempat kelima mesti menang untuk layak.
- KBO Semi-playoff: Pemenang KBO Wild Card Game vs. pasukan tempat ketiga
- Lima siri terbaik.
- KBO Playoffs: Pemenang KBO Semi-playoff vs. pasukan tempat kedua
- Lima siri terbaik.
- KBO Korean Series: Pemenang KBO Playoff vs. pasukan tempat pertama
- Tujuh siri terbaik.
Kesemua perlawanan playoff yang berakhir dengan seri akan berulang. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan untuk mengadakan lebih perlawanan kepada lima atau tujuh perlawanan.
Pemain KBO di Jepun dan A.S.
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa pemain KBO yang menempuh karier cemerlang di Nippon Professional Baseball (NPB) di Jepun. Baek In-chun beraksi secara profesional di Jepun dari tahun 1963 sehingga 1981 dengan menghasilkan 209 pukulan home run, 776 RBI dan 1,831 pukulan di NPB. (Beliau kembali ke Korea buat tiga musim terakhirnya sebagai pemain). Lee Seung-yuop yang memegang rekod KBO sebagai home run karier terbanyak, larian terbanyak, RBI, jumlah tapak diperoleh, peratus slugging dan OPS telah beraksi selama lapan musim di NPB dengan menghasilkan 159 home run lagi dan 439 RBI. Pemain KBO lain yang meraih karier yang bersinar di NPB termasuklah Kim Tae-kyun dan Lee Dae-ho. Pitcher Korea pula yang menghasilkan impak di NPB termasuklah Sun Dong-yol, Lim Chang-yong dan Oh Seung-hwan.
Di Major League Baseball pula, beberapa pemain Korea telah berjaya mencipta nama di sana yang bermula pada tahun 1994 oleh pitcher Chan Ho Park. (Sebelum Park, pitcher Mexico kelahiran Korea Selatan Ernesto Carlos [lahir sebagai Lee Won-Kuk] telah menandatangani kontrak minor league Amerika bersama pasukan San Francisco Giants pada 1968 setelah menempuh karier cemerlang di NPB.[perlu rujukan] Dalam hal yang sam, pitcher Park Chul-soon telah mengikat kontrak minor league bersama pasukan Milwaukee Brewers pada 1980.[perlu rujukan] Kedua-dua Ernesto Carlos atau Park Chul-soon tidak beraksi di tahap Major League). Pemain kelahiran Korea lain yang melakar karier panjang di MLB termasuklah outfielder Shin-Soo Choo dan pitcher Byung-hyun Kim. Pada tahun 2013, ace Hanwha Eagles Hyun-jin Ryu menjadi pemain pertama dari KBO yang menyertai pasukan MLB melalui posting system. Secara keseluruhannya, terdapat 23 orang pemain Korea Selatan yang telah berhijrah ke MLB setakat tahun 2020.[10]
Pasukan
[sunting | sunting sumber]Pasukan | Bandar | Stadium | Kapasiti | Penubuhan | Penyertaan |
---|---|---|---|---|---|
Doosan Bears | Seoul | Stadium Besbol Jamsil | 25,000 | 1982 | |
Hanwha Eagles | Daejeon | Hanwha Life Eagles Park | 13,000 | 1985 | 1986 |
Kia Tigers | Gwangju | Gwangju-Kia Champions Field | 20,500 | 1982 | |
Kiwoom Heroes | Seoul | Gocheok Sky Dome | 16,744 | 2008 | |
KT Wiz | Suwon | Suwon kt wiz Park | 20,000 | 2013 | 2015 |
LG Twins | Seoul | Stadium Besbol Jamsil | 25,000 | 1982 | |
Lotte Giants | Busan | Stadium Besbol Sajik Busan | 24,500 | 1975 | 1982 |
NC Dinos | Changwon | Changwon NC Park | 22,112 | 2011 | 2013 |
Samsung Lions | Daegu | Daegu Samsung Lions Park | 24,000 | 1982 | |
SSG Landers | Incheon | Incheon SSG Landers Field | 23,000 | 2000 |
Bekas pasukan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Pasukan | Bandar | Stadium | Penubuhan | Penyertaan | Pengunduran |
Hyundai Unicorns | Suwon | Stadium Besbol Suwon | 1982 | 2008 | |
Ssangbangwool Raiders | Jeonju | Jeonju Baseball Stadium | 1990 | 1991 | 1999 |
Stadium besbol
[sunting | sunting sumber]Doosan Bears | LG Twins | Hanwha Eagles | Kia Tigers | Kiwoom Heroes |
---|---|---|---|---|
Stadium Besbol Jamsil | Hanwha Life Eagles Park | Gwangju-Kia Champions Field | Gocheok Sky Dome | |
Kapasiti: 25,000 | Kapasiti: 13,000 | Kapasiti: 20,500 | Kapasiti: 16,744 | |
KT Wiz | Lotte Giants | NC Dinos | Samsung Lions | SSG Landers |
Suwon kt wiz Park | Stadium Besbol Sajik Busan | Changwon NC Park | Daegu Samsung Lions Park | Incheon SSG Landers Field |
Kapasiti: 20,000 | Kapasiti: 24,500 | Kapasiti: 22,112 | Kapasiti: 24,000 | Kapasiti: 23,000 |
Tambahan lagi, pasukan Lotte Giants akan beraksi sesetengah perlawanan di Ulsan Munsu Baseball Stadium, pasukan Samsung Lions di Pohang Baseball Stadium dan pasukan Hanwha Eagles di Cheongju Baseball Stadium.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Anugerah Pemain Terbaik KBO League
- Anugerah Rookie Terbaik KBO League
- Anugerah Sarung Tangan Emas KBO League
- Anugerah Choi Dong-won
- Anugerah MVP KBO League Korean Series
- MVP Perlawanan All-Star KBO League
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ [2017 결산] 프로야구, 역대 최다 840만 관중..국민스포츠 공고 (dalam bahasa Korea). star.mt.co.kr. December 21, 2017. Dicapai pada February 12, 2017.
- ^ Szymborski, Dan. "How good would Mike Trout be in the KBO? We have the numbers," ESPN (May 13, 2020).
- ^ Kim Young-jin (3 July 2013). "The 'mercenaries'". The Korea Times. Seoul. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2015. Dicapai pada 21 November 2015.
- ^ Roscher, Liz. "A KBO primer: Here's what you need to know to enjoy the return of baseball in South Korea," Yahoo! Sports (May 1, 2020).
- ^ a b Keh, Andrew (September 2, 2015). "Bat flipping draws shrugs in South Korea but scorn in America". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2015. Dicapai pada November 11, 2015.
- ^ a b c Kimes, Mina (October 4, 2016). "The Art of Letting Go: The great Korean bat flip mystery". ESPN.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ Korea Baseball Organization (2015). 2015 달라지는 점 Diarkibkan 2015-04-05 di Wayback Machine (Korean). Accessed on April 14, 2015.
- ^ name=Reuter
- ^ name=Reuter
- ^ "MLB players by birthplace: South Korea". baseball-reference.com. Dicapai pada 2020-06-10.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan KBO League |