Lee Nak-yon
Lee Nak-yon | |
---|---|
이낙연 | |
Perdana Menteri Korea Selatan ke-45 | |
Menyandang jawatan 31 Mei 2017 | |
Presiden | Moon Jae-in |
Didahului oleh | Yoo Il-ho (Pemangku) |
Digantikan oleh | Chung Sye-kyun |
Gabenor Wilayah Jeolla Selatan ke-37 | |
Dalam jawatan 1 Julai 2014 – 10 Mei 2017 | |
Didahului oleh | Park Jun-young |
Digantikan oleh | Kim Gap-seop (Pemangku) |
Ahli Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 30 Mei 2000 – 15 Mei 2014 | |
Didahului oleh | Kim In-gon |
Digantikan oleh | Lee Gae-ho |
Kawasan pilihan raya | Damyang Hampyeong Yeonggwang Jangseong |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Daerah Yeonggwang, Wilayah Jeolla Selatan, Korea Selatan | 5 Disember 1951
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Kim Suk-hee |
Anak | 1 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Seoul |
Tandatangan | |
Lee Nak-yon (bahasa Korea:이낙연, lahir 5 Disember 1951), juga dikenali sebagai Lee Nak-yeon, adalah seorang ahli politik Korea Selatan yang juga Perdana Menteri Korea Selatan ke-45.[1][2] Beliau pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Jeollanam-do.[1] Sebelum berkhidmat sebagai gabenor, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk Dong-a Ilbo dan berkhidmat sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan selama empat penggal.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Lee dilahirkan pada 5 Disember 1951 di Daerah Yeonggwang di Wilayah Jeolla Selatan. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Seoul dengan ijazah dalam undang-undang, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk akhbar harian Dong-a Ilbo sehingga tahun 2000.[3]
Kerjaya awal politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menyertai politik pada tahun 2000 "berdasarkan hubungan beliau dengan bekas Presiden Kim Dae-jung beliau tubuhkan ketika membuat liputan politik."[4] Selepas berkhidmat untuk Dong-a Ilbo, beliau dipilih sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 2000 dan berkhidmat selama empat penggal.[2] Beliau juga berkhidmat sebagai jurucakap bekas Presiden Roh Moo-hyun ketika beliau menjadi presiden terpilih pada tahun 2002.[5]
Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Mei 2017, beliau telah dicalonkan oleh Presiden Moon Jae-in untuk menjadi Perdana Menteri Korea Selatan, menggantikan Hwang Kyo-ahn. Beliau meninggalkan jawatan sebagai Gabenor Wilayah Jeolla Selatan pada hari yang sama.
Beliau dilihat sebagai mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik Jepun utama, setelah berkhidmat bertahun-tahun sebagai pegawai kanan di Kesatuan Ahli Parlimen Korea-Jepun. Lee fasih berbahasa Jepun.[6]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Lee telah dikurniakan satu cahaya mata.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "文대통령, 국무총리 이낙연·국정원장 서훈·비서실장 임종석·경호실장 주영훈 지명". Mbn.mk.co.kr. 2017-05-10. Dicapai pada 2017-05-10.
- ^ a b "Korea's new president announces key Cabinet picks". Arirang. Dicapai pada May 11, 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Moon Taps South Jeolla Province Governor as New PM". Dicapai pada 2017-05-11.
- ^ a b "(LEAD) (profile) Moon's premier pick is based in liberal stronghold, has broad political ties". Yonhap News Agency. Dicapai pada 2017-05-11.
- ^ "S. Jeolla governor tapped as PM nominee", Korea Times, May 10, 2017 .
- ^ "South Korean prime minister pick seen as point man on Japan", Nikkei Asian Review, May 11, 2017 .