Pergi ke kandungan

Lekh, Cekh, dan Rus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lech, Czech dan Rus)
Gambaran Lekh menemukan seekor helang putih lukisan Walery Eljasz-Radzikowski untuk buku Królowie polscy w obrazach i pieśniach (1893)

Babad Poland Raya ditulis tahun 1295 di Gniezno atau Poznań menceritakan kisah adik-beradik Lekh,[a] Cekh[b] dan Rus bangsa Slav:[1]

Fix hiis itaque Pannoniis tres fratres filii Pan principis Pannoniorum nati fuere quorum primogenitus Lech, alter Rus, tercius Czech nomine habuerunt. Et hii tres hec tria regna Lechitarum, Ruthenorum, et Czechorum quit et Bohemi...
("Maka dalam kalangan orang Panoni adnanya tiga saudara diperanakkan Pan raja Pannonia. Yang pertama Lekh, yang kedua Rus, yang ketiga Cekh nama dipunya. Dari tiga-tiga ini diperintahnya kerajaan Lekhia, Rutenia dan Cekhia [atau Bohemia]").

Mereka diceritakan yang sedang berburu di belantara tetapi berpisah seketika untuk menangkap buruan memasiing: Rus pergi ke timur, Cekh menuju ke barat sampai ke Gunung Říp di Bohemia, sementara Lekh melakukan perjalanan ke utara sampai dia menemukan seekor helang putih yang bertenggek di sarangnya atas sebatang pohon yang kini bernama Gniezno (terbitan kata Poland gniazdo 'sarang').

Jata negara Poland memaparkan helang putih berbidang merah

Destinasi ketetiga mereka menjadi tempat tertubuhnya kerajaan Poland (merangkumi negara republik Poland moden), Bohemia (merangkumi Cekhia moden) dan Rus' (merangkumi Rusia, Belarus dan Ukraina) memasing diduduki bangsa Poland, Cekh dan Slav Timur termasuk Rusia keturunan mereka bertiga.[2] Helang putih yang ditemukan juga asal lambang negara Poland. Para ahli arkeologi Barat menghubungkaitkan bukti tinggalan ketamadunan Indo-Eropah Purba di steppe Pontus-Caspia dengan tempat asal adik-beradik ini yang diceritakan di Eropah Timur yang difahamkan mula menuturkan bahasa-bahasa Balto-Slav selepas penghijrahan besar ke barat dan timur.[3][4]

  1. ^ bahasa Poland: Lech; sebutan bahasa Cekh dan Poland: [lɛx], terdekat:[lékh]
  2. ^ dalam bahasa Cekh: Čech - sebutan bahasa Cekh: [ɛx], terdekat dalam bahasa Melayu: [cékh]; dalam bahasa Poland: Czech - sebutan: [t͡ʂɛx]
  1. ^ terjemahan teks dalam Babad Poland Raya dari:
    – suntingan Brygida Kürbis (1970). Chronica Poloniae Maioris. Kronika Wielkopolska. Warszawa.
    – suntingan K. Abgarowicz (1965; cetakan semula 2010). Universiti Poznań. ISBN 978-83-242-1275-0.
  2. ^ "Lech, Czech i Rus". Encyklopedia PWN (dalam bahasa Poland). Państwowe Wydawnictwo Naukowe. Dicapai pada 2024-08-12.
  3. ^ Anthony, David W. (2007). The Horse, the Wheel, and Language: How Bronze Age Riders from the Eurasian Steppes Shaped the Modern World. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 9780691058870.
  4. ^ F. Kortlandt, The spread of the Indo-Europeans, p.4