Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer
Jenis misi | Penyelidikan atmosfera qamari |
---|---|
Pengoperasi | NASA |
COSPAR ID | 2013-047A |
SATCAT № | 39246 |
Tapak web | Laman web LADEE |
Jangka masa misi | Misi utama: 100 hari Misi dilanjutkan: 28 hari Masa sejak pelancaran: 223 hari |
Ciri kapal angkasa lepas | |
Bas | MCSB |
Pembuat | Pusat Penyelidikan Ames |
Berat berlepas | 383 kg (844 lb)[1] |
Berat kering | 248.2 kg (547 lb)[2] |
Berat muatan | 49.6 kg (109 lb)[2] |
Dimensi | 1.85×1.85×2.37 m (6.1×6.1×7.8 ka)[2] |
Kuasa | 295 watt[2] |
Permulaan misi | |
Tarikh pelancaran | 7 September 2013, 03:27[3] | UTC
Roket | Minotaur V Flight 1 |
Tapak pelancaran | MARS LP-0B |
Kontraktor | Orbital Sciences Corporation[2] |
Pengakhiran misi | |
Telah dibuang | Keluar orbit |
Tarikh pereputan | 18 April 2014 | , ~04:30 UTC
Parameter orbit | |
Sistem rujukan | Selenosentrik[4] |
Periselene | 25–50 km (16–31 bt)[5] |
Aposelene | 60–80 km (37–50 bt)[5] |
Kecenderungan | 157 darjah[5] |
Tempoh | 111.5 hingga 116.5 minit[2] |
Epoch | Dirancang (fasa sains) |
Pengorbit Bulan | |
Sisipan orbit | 6 Oktober 2013, 10:57 UTC |
Kapal angkasa lepas Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)[7]) (Pengembara Atmosfera dan Persekitaran Habuk Qamari) ialah sebuah misi pengembaraan qamari dan demonstrasi teknologi yang diketuai Pusat Penyelidikan Ames NASA dengan kerjasama Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard. Ia dilancarkan dengan menggunakan roket Minotaur V dari Mid-Atlantic Regional Spaceport pada 7 September 2013.[8] Sepanjang misinya selama tujuh bulan, LADEE mengorbit mengelilingi khatulistiwa Bulan dan menggunakan peralatannya bagi mengkaji eksosfera qamari dan habuk yang terdapat dekat dengan Bulan. Peralatan-peralatan yang digunakan termasuk pengesan habuk, spektrometer jisim neutral, spektrometer ultraungu boleh lihat dan juga sebuah demonstrasi teknologi, iaitu sebuah terminal komunikasi laser (lasercomm).[9] Misi ini berakhir pada 18 April 2014, apabila pengawal kapal angkasa ini dengan sengaja menjatuhkan LADEE ke sisi jauh Bulan.[10][11]
Objektif
[sunting | sunting sumber]LADEE ialah sebuah misi strategik yang direka menangani tiga matlamat sains utama:[12]
- Menentukan kemampatan tuntas, rencaman dan kebolehubahan mengikut masa eksosfera qamari yang halus sebelum ia diusik lagi oleh aktiviti manusia;
- Menentukan sama ada apa yang dilihat angkasawan Apollo, iaitu pancaran baur yang dilihat berpuluh kilometer di atas permukaan Bulan itu bara natrium ataupun habuk dan;
- Mencatatkan persekitaran penghentam habuk (saiz-kekerapan) bagi membantu kejuruteraan seni bina buat pangkalan terpencil dan juga misi-misi robot pada masa mendatang.
dan satu matlamat demonstrasi teknologi:
- Menunjukkan komunikasi laser dua hala dari orbit qamari.[13]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
LADEE pada bulan Ogos 2013, sebelum terkurung di dalam rerautnya.
-
Kapal angkasa LADEE dipasang pada meja getaran sebelum permulaan ujian getaran pada bulan Januari 2013.
-
LADEE di dalam bilik bersih di Pusat Penyelidikan Ames sebelum pemasangan panel suria
-
Peralatan LADEE yang sudah dilabel.
-
Modular Common Spacecraft Bus yang bakal menjadi LADEE diuji Pusat Penyelidikan Ames, NASA pada tahun 2008.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ NASA's LADEE Mission | NASA
- ^ a b c d e f "Press Kit: Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE) Launch" (PDF). NASA.gov. Ogos 2013. Dicapai pada 8 September 2013.
- ^ NASA Launch Schedule | NASA
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamansf20130906
- ^ a b c Blau, Patrick. "LADEE - Mission and Trajectory Design". Spaceflight 101. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Moon Storms
- ^ "LADEE Mission Overview". NASA.gov. 6 September 2013. Dicapai pada 4 Disember 2013.
- ^ "Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)". National Space Science Data Center Master Catalog. NASA.
- ^ "Missions - LADEE - NASA Science". NASA.
- ^ Chang, Kenneth (18 April 2014). "With Planned Crash, NASA Lunar Mission Comes to End". The New York Times. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ Dunn, Marcia (18 April 2014). "NASA's Moon-Orbiting Robot Crashes Down as Planned". ABC News. Dicapai pada 19 April 2014.
- ^ "NASA Solicitation: Instruments for LADEE Lunar Mission". SpaceRef. 25 Mac 2008. Dicapai pada 30 Julai 2011.
- ^ "Space Laser To Prove Increased Broadband Possible". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2014-04-26.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer |
- LADEE at NASA Science
- MIT's Lincoln Lab, lasercomm terminal development Diarkibkan 2012-02-18 di Wayback Machine
- NASA's Lunar Science Program - February 27, 2008 - Kelly Snook
- YouTube overview for K-8 students