Pergi ke kandungan

Wow (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Wow)
WOW
Kulit album kumpulan Wow
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock eksperimental, rock progresif, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1990 - 1993
Syarikat rakaman
Warnada (M) Sdn. Bhd.
Bekas ahliAdy (vokal)
Din (vokal)
Is (keyboard)
Lan (gitar)
Man (bes)
Megat (dram)

Wow (digayakan dalam huruf besar) merupakan sebuah kumpulan pemuzik rock yang pernah aktif di Malaysia sekitar era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Engkau Tetap Satu dan Kau Yang Satu. Bernaung di bawah syarikat rakaman Warnada, mereka telah menghasilkan dua album studio.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1990, Wow pada asalnya dianggotai oleh tiga orang pemuzik dari Metalian, iaitu Azman, Lan dan Megat, disertai oleh Is selaku pemain keyboard dan Din dari kumpulan Final List sebagai penyanyi. Namun begitu, posisi penyanyi kemudiannya diambil alih oleh Ady dari Seremban, Negeri Sembilan atas saranan Allahyarham Aub Burnmarks. Barisan keanggotaan ini kekal sehinggalah ke pembubarannya pada tahun 1993.

Anggota kumpulan

[sunting | sunting sumber]
  • Ady - penyanyi
  • Lan - gitar
  • Is - keyboard
  • Man - bes
  • Megat - dram

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album-album studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Lelaki Kau Yang Satu (1991)
  2. Engkau Tetap Satu (1992)

Album-album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  1. The Essential WOW (2010)
  2. The Best Of WOW (2016)

Album lain

[sunting | sunting sumber]
  1. Juara Lagu Sensasi (1993)