Villosa
Villosa | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Bentong, Pahang, Malaysia |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1990-an |
Syarikat rakaman | Warnada |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Bekas ahli | Ann (vokal) Roll (gitar) Zali (bes) Dee (dram) |
Villosa merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia sekitar 1990-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Berasal dari Bentong, Villosa mewakili salah satu kugiran-kugiran rock dari pedalaman negeri Pahang, seangkatan dengan Meditasi dari Raub, serta Teras dan Trima yang berasal dari Temerloh. Mereka muncul semasa gelombang terakhir rock Malaysia iaitu pada sekitar 1989 -1991.
Kugiran ini pada mulanya dianggotai oleh tiga orang adik-beradik, iaitu Ann (vokal dan bes), Roll (gitar) dan Dee (dram). Untuk rakaman album, mereka menambah seorang lagi anggota iaitu Zali selaku pemain bes, dan Ann bertukar posisi sebagai penyanyi. Mereka meminati bidang muzik dari kecil dan berlatih sempena acara kenduri perkahwinan dan lama-kelamaan berkembang menjadi kerjaya untuk melangkah dengan lebih jauh.
Barisan keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Ann - penyanyi
- Roll - gitar
- Zali - bes
- Dee - dram
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Romantika (1991)
Runut
[sunting | sunting sumber]- "Rozalia"
- "Keluhuran Cinta"
- "Kekejaman"
- "Kesepian"
- "Disitu Tempatmu...Kembalilah"
- "Debu Berbisa"
- "Mandatori"
- "Pocong"
- "Kau Pergi"
- "Benarkah Aku Kekasihmu"
Rujukan
[sunting | sunting sumber]