Pergi ke kandungan

Crosstown

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Crosstown)
Crosstown
Kulit album Jejak-jejak 1994
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Crosstown merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan Crosstown telah ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kumpulan Crosstown merupakan terdiri daripada anak jati Pulau Pinang, dan ia terkenal melalui lagu seperti Jejak-Jejak, Pulau Pinang Kita, Sal, Sebenarnya Kau Tahu, Pemergianmu dan Gembala Kerbau. [2]

Kumpulan ini menghasilkan album berjudul Jejak-jejak (1994), dan album Crosstown & Suhaila - Dua Irama.

Md. Izzuddin Shariff yang merupakan pemain gitar kumpulan rock Crosstown, atau lebih dikenali sebagai Din Bass (58 tahun) telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru, pada 2 April 2012. [3]

Penyanyi kumpulan Crosstown, Ramli bin Sutan (46.5 tahun) pula menghembuskan nafas yang terakhir akibat sakit barah usus di Hospital Besar Pulau Pinang 31 Ogos 2012, lebih kurang pukul 6.20 petang. Jenazahnya dikebumikan di Glugor, Pulau Pinang.[4]

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]
  1. Izzam (Mohd. Izzamudin Shariff)– Keyboard
  2. Ajan – Rhythm Guitar
  3. Deen (Md. Izzuddin Shariff) – Lead Guitar
  4. Ramli – Vocal
  5. Huzir Rizal - Vocal
  6. Nazri(Na'e) – Bass
  7. Zainal – Drum

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Jejak-jejak 1994

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Keraguan
  • Jejak-Jejak
  • Pemergianmu
  • Sal (Melayu)
  • Gembala Kerbau
  • Sal (English)
  • Sendiri Ku
  • Sebenarnya Kau Tahu
  • Sal (Mandarin)
  • Cita & Dugaan

Antara album seterusnya

Crosstown - Jejak Jejak [1994]

Crosstown - Insan Teristemewa [1995]

Crosstown & Suhaila - Saluran Dua Irama [2000]

Crosstown - Yang Mana [Mini Album] 2000

Crosstown - Kami Anak Pulau Pinang [2011]

Crosstown (Single) - Blues Kaki Lima (2017)

  1. ^ Pemain Gitar Meninggal Selepas Persembahan.
  2. ^ "Crosstown terus popular". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-04. Dicapai pada 2018-09-04.
  3. ^ Pemain gitar kumpulan Crosstown meninggal dunia, © Utusan Melayu (M) Bhd
  4. ^ RAMLI PENYANYI KUMPULAN CROSSTOWN..KEMBALI KE RAHMATULLAH...

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]