Pergi ke kandungan

Ad Hoc (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kumpulan Ad Hoc)
Ad Hoc
Kulit album kumpulan Ad Hoc
Latar belakang
Berasal dariBanting, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreSlow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1989
Syarikat rakaman
P & C 1992 SRC Suria Records Sdn Bhd
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Ad Hoc merupakan sebuah kumpulan pemuzik yang aktif di Malaysia pada awal tahun 90an. Kumpulan yang ditubuhkan di Banting, Selangor ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1988, Tutooi (drum), Along (gitar utama), Lee (vokal), Carlos (bass) dan pemain gitar irama Lomaq menubuhkan sebuah kumpulan bernama The Rain Forest di Banting, Selangor. Tidak berpuas hati dengan Lomaq menjemput dan mengikuti uji bakat kenalan kepada bekas pemain gitar Wings, CRK dan Strangers iaitu, Kamarullizam bin Kamarudin atau dikenali sebagai Sham sebagai bakal pengganti Along. Selain Sham, The Rain Forest turut membuat pemain gitar utama terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas saranan pihak pengurusan pada ketika itu. Setelah diteliti dan dibuat pertimbangan, akhirnya The Rain Forest sepakat untuk memilih Sham sebagai pemain gitar utama baharu the Rain Forest biarpun memakan masa selama hampir setahun akibat kes mahkamah yang melibatkan meteka dengan pengurusan terdahulu. Selepas menyertainya Sham, Sham telah bertukar namanya menjadi "E'pen" manakala Carlos pula bertukar namanya menjadi "Deen" untuk disesuaikan dengan nama The Rain Forest. Pada 1 Disember, Tutooi menyarankan agar nama kumpulan ini bertukar namanya menjadi Ad Hoc. Ad Hoc ditubuhkan pada 1 Disember 1991, terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu, Tutooi (drum), Along (gitar), Lee (vokal), Deen (bass) dan E'pen (gitar utama). Mereka bergabung atas dasar satu hati dan semangat demi minat yang mendalam terhadap bidang muzik. Ad Hoc didefinisikan sebagai satu tindakan yang dilakukan dengan serta-merta. Bermula dari satu pertandingan antara band yang berlangsung di Kompleks Pertama Kuala Lumpur, bakat dan kemampuan mereka telah menarik perhatian juri dan pihak penganjur pertandingan. Akhirnya mereka diberi peluang untuk merakamkan album oleh DJ Ainol Jamal yang bertugas di Selangor F.M.

Di bawah label Suria Records (SRC), Ad Hoc mula menjalani rakaman album sulung mereka.Antara kumpulan-kumpulan rock yang turut bernaung dibawah Suria Records ketika itu adalah Keno, Metafora, Menara dan Evolusi. Rakaman album Ad Hoc menjalani masa rakaman selama 3 bulan di Studio Fantasia. Berkat usaha keras dan sokongan ramai, akhirnya album ‘Manis’ telah berjaya dihasilkan. Album ini diterbitkan oleh Usop dan Hattan pada tahun 1992. Album yang bergenrekan slow rock dan hard rock ini mengandungi lagu-lagu hits seperti Manis, Berpisah Untuk Bertemu, Di Puncak Takdir dan Menanti Maaf. Ad Hoc sendiri turut menghasilkan dua buah lagu mereka dalam album ini antaranya RnR (Kau Suka) dan Prajudis. Album ini terjual hampir 25,000 unit. Lagu Manis ciptaan Awang BPR pernah dicalonkan dalam Juara Lagu (Muzik-Muzik) TV3. Ad Hoc juga berjaya menempatkan diri sebagai finalist Malaysian Top Chart selama 2 bulan berturut-turut. Mereka juga tidak ketinggalan mengadakan konsert terbesar di Dataran Merdeka. Segala pengalaman yang dilalui Ad Hoc ketika itu amat manis belaka. Tahun 1993, beberapa anggota Ad Hoc pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Van yang dinaiki mereka untuk promosi album bergolek di atas jalan raya kerana pemandunya mengantuk. Bersama Ad Hoc, beberapa anggota kumpulan Menara juga turut terlibat. Mujurlah cuma kecederaan sahaja yang dialami mereka, tiada kehilangan nyawa.

Kenapa Ad Hoc Cuma satu album? Kenapa tiada album kedua? Sebenarnya lagu-lagu untuk album kedua Ad Hoc sudahpun ada. Cuma vokalis Ad Hoc, Lee ketika itu mengalami masalah vocal dan tidakdapat menyanyi dengan baik. Pihak syarikat rakaman mahukan vocal yang lain dan ini amat mengecewakan Ad Hoc. Justeru itu kontrak Ad Hoc sebagai artis rakaman ditamatkan oleh SRC. Anggota-anggota Ad Hoc kemudiannya membawa haluan masing-masing. Ada yang masih terlibat dalam bidang seni dan perniagaan sendiri.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Lee - Vokal

Kamarullizam bin Kamarudin (Sham, E’pen) - Gitar Utama

Along - Gitar Kedua

Carlos (Deen) - Bass

Tutooi - Drum

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Dipuncak Takdir
  • R 'N' R Kau Suka
  • Cintamu Hiasan Kaca
  • Apa Nak Kata Brother
  • Menanti Maaf
  • Ad Hoc Blues
  • Berpisah Untuk Bertemu
  • Prajudis
  • Seminar Petani Muda
  • Manis

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]