Kelabu (kuda)
Kelabu merupakan sejenis warna bulu kuda yang bercirikan warna bulu yang beransur perak.[1] Kebanyakan kuda kelabu memiliki kulit hitam dan mata gelap; akan tetapi, tidak seperti kebanyakan gen nyahpigmen, warna kelabu tidak mempengaruhi warna kulit atau mata.[1] Warna bulu dewasanya putih, bertelau-telau, atau putih campur warna lain. Kuda kelabu lahir dengan sebarang warna asas, tertakluk pada gen-gen warna lain yang sedia ada. Bulu-bulu putih mula kelihatan sekitar kelahiran dan beransur-ansur mencerah seiring dengan peningkatan usia kuda. Perubanan boleh berlaku pada kadar yang berbeza-beza, iaitu amat pantas pada seekor kuda padahal amat perlahan pada seekor lagi.
Warna kelabu terdapat pada pelbagai baka, namun warnanya paling kerap dilihat pada baka-baka kuda yang keturunan Arab. Antara baka yang banyak sekali kuda kelabu adalah Belima, Arab, American Quarter, Percheron, Andalusia, kuda padi Wales, dan yang paling terkenal sekali, Lipizzaner.
Barang sesiapa yang kurang arif dengan kuda akan memanggil kuda kelabu itu "putih". Bagaimanapun, kuda kelabu yang bulunya "putih" sama sekali akan tetap berkulit hitam (kecuali di dasar tompok-tompok yang putih sewaktu lahir) dengan mata gelap. Begitulah caranya untuk membesakan kuda kelabu dengan kuda putih. Kuda putih biasanya mempunyai kulit merah muda dan adakalanya bermata biru. Kuda muda yang bulunya terdiri daripada campuran putih atau kelabu dengan warna adakalanya disalah tanggap sebagai roan. Sesetengah kuda yang membawa gen cairan juga senang dikelirukan dengan putih dan kelabu.
Sedangkan kelabu itu dikira sebagai warna bulu oleh daftar-daftar baka, namun dari segi genetik adalah lebih tepat dipanggilnya corak nyahpigmen. Ianya satu gen dominan,[1] maka seseekor kuda memerlukan hanya satu salinan alel kelabu, iaitu heterozigot, untuk berwarna kelabu. Kuda kelabu homozigot, iaitu yang beralel dua, akan sentiasa menzuriatkan anak kelabu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Locke, MM (2002). "Linkage of the grey coat colour locus to microsatellites on horse chromosome 25". Animal Genetics. 33 (5): 329–337. doi:10.1046/j.1365-2052.2002.00885.x. PMID 12354140.
The progressive loss of colour in the hair of grey horses is controlled by a dominantly inherited allele at the Grey locus (G^G). Foals are born any colour depending on the alleles present at other colour determining loci.
Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "locke2002" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza