Kontinum dialek
Kontinum dialek (kontinum loghat) (bahasa Inggeris: dialect continuum ) atau rantai dialek (bahasa Inggeris: dialect chain ) adalah penyebaran ragam bahasa yang ditutur sepanjang beberapa kawasan geografi di mana bahasa yang berjiranan mempunyai sedikit sahaja perbezaan, berbanding dengan bahasa yang berjauh sehingga ia saling tidak difahami. Fenomena ini terjadi, misalnya, dalam kawasan sesebuah benua atau subbenua yang besar seperti India (bahasa Indo-Arya), Afrika Barat (antara tengah Benin, timur Togo dan Nigeria) atau kawasan Maghreb (Bahasa Arab Maghreb). Perkara ini secara bersejarahnya juga terjadi di beberapa tempat di Eropah seperti antara Portugal, selatan Belgium (Wallonia) dan selatan Itali (Bahasa-bahasa Romawi Barat) dan di antara Flanders dan Austria (dialek-dialek Jerman). Leonard Clawson menggunakan istilah kawasan dialek (dialect area)[1] untuk konsep ini manakala Charles F. Hockett menggunakan istilah kompleks-L (L-complex) untuk konsep yang sama.[2] Ciri ini mirip konsep spesies cincin dalam bidang biologi evolusi.[3]
Sejak awal abad ke-20, pempeloporan konsep negara bangsa serta penubuhan bahasa standard mereka semakin banyak menghapuskan dialek yang tidak standard dalam kontinua dialek mereka, lalu menjadikan sempadan-sempadan bahasa ini lebih mendadak dan jelas.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bloomfield, Leonard (1935). Language. London: George Allen & Unwin. m/s. 51.
- ^ Hockett, Charles F. (1958). A Course in Modern Linguistics. New York: Macmillan. m/s. 324–325.
- ^ Cruse, D.A. (1986). Lexical Semantics. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 71. ISBN 0-521-27643-8.