Pergi ke kandungan

Minyak tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kerosin)
Sebotol minyak tanah yang dijual di Australia yang diwarnakan dengan pewarna biru

Minyak tanah, dikenali juga sebagai parafin dan kerosin, ialah cecair hidrokarbon mudah terbakar terbitanpetroleum yang digunakan sebagai bahan api dalam industri serta isi rumah.

Parafin cecair (dipanggil mineral oil atau "minyak mineral" di Amerika Syarikat) adalah produk yang lebih likat dan sangat halus yang digunakan sebagai bahan pelawas. Lilin parafin pula adalah pepejal lilin yang diekstrak daripada petroleum. Minyak tanah digunakan untuk enjin jet pesawat (bahan api jet) dan beberapa jenis enjin roket dan juga biasa digunakan sebagai bahan api memasak dan menyalakan api dan api mainan seperti poi. Di bahagian-bahagian Asia, minyak tanah kadangkalanya digunakan sebagai bahan bakar untuk bukan sahaja enjin sangkut kecil malah juga motosikal.[1] Penggunaan minyak tanah dunia untuk semua tujuan dikira sebanyak kira-kira 1.2 juta tong setiap hari.[2]

Etimologi dan peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama kerosin berasal dari istilah Yunani: κηρός (keros) yang bermaksud lilin, dan telah terdaftar sebagai tanda oleh Abraham Gesner,  seorang ahli geologi dan pencipta warga Kanada pada tahun 1854 sebelum tanda dagang ini digunapakai secara umumnya. Bahan ini lebih dikenali dengan nama kerosin dalam konteks atau pengunaan sains dan industri.[3] Istilah kerosene biasa dalam banyak Argentina, Australia, Kanada, India, New Zealand dan Amerika Syarikat,[4][5] sementara istilah parafin digunakan di Chile, timur Afrika, Afrika Selatan, dan di United Kingdom.[6]

Minyak tanah adalah cecair lutsinar dan cair terbentuk daripada hidrokarbon hasil penyulingan pecahan petroleum antara suhu 150 °C dan 275 °C, menghasilkan suatu sebatian dengan kepadatan 0.78–0.81 g/cm3 terdiri daripada rantaian karbon yang biasanya mengandungi antara 6 dan 16 atom karbon setiap molekul.[7] Ia larut dalam pelarut petroleum namun tidak boleh bercampur dalam air.

Komponen utamanya adalah rantaian alkana dan naftena (sikloalkana) lurus dan bercabang, sekurang-kurangnya 70% daripada isipadu kandungan sebatian ini. Hidrokarbon aromatik  seperti alkilbenzena (cincin) dan alkilnaftalenas (cincin berganda) tidak biasanya melebihi 25% sisipadu aliran minyak tanah sungai. Kandungan olefin biasanya tidak melebihi 5% mengikut isipadunya.[8]

Takat kilat minyak tanah terletak di antara 37 dan 65 °C (100 dan 150 °F), dan suhu cucuhan sendirinya berada pada 220 °C (428 °F).[9] Takat curah (pour point) minyak tanah bergantung pada gred minyak yang dihasilkan, di mana minyak yang bergred bahan api penerbangan komersial diseragamkan pada −47 °C (−53 °F).

Minyak tanah gred 1-K membeku sekitar -40 °C (-40 °F, 233 K).[10]

Haba pembakaran minyak tanah sama nilainya dengan haba minyak diesel; nilai pemanasan rendah minyak ini adalah 43.1 MJ/kg (sekitar 18,500 Btu/lb) manakala nilai pemanasan tingginya pula bernilai 46.2 MJ/kg.[11]

Keracunan

[sunting | sunting sumber]

Pengambilan minyak tanah membahayakan atau membawa maut. Minyak tanah kadangkalanya disarankan sebagai penawar untuk membunuh kutu, namun agensi-agensi kesihatan tidak mengesyorkan kaedah ini kerana ia boleh menyebabkan luka terbakar dan penyakit yang serius. Syampu minyak tanah juga boleh membawa maut jika wasapnya disedut.[12][13]

Pendedahan kepada minyak tanah di tempat kerja boleh berlaku melalui pernafasan, mulut serta sentuhan kulit dan mata. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat (NIOSH) telah menetapkan had pendedahan yang disarankan (recommended exposure limit, REL) pada 100 mg/m3 lebih dari 8 jam kerja sehari.[14]

  1. ^ "Kerosene Outboard Motors". Dicapai pada 25 Oktober 2011.
  2. ^ International Energy Statistics. Jabatan Tenaga Amerika Syarikat
  3. ^ Webster's New World College Dictionary. Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ Oxford English Dictionary. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ Anonymous (August 2006). "Environmental Protection Agency lists new kerosene-labeling rules". National Petroleum News. 98 (9). Dicapai pada 14 Disember 2012.
  6. ^ What is Kerosene – Ingoe Oils Ltd. Ingoeoils.co.uk. Dicapai pada 2 Jun 2015
  7. ^ Collins, Chris (2007). "Implementing Phytoremediation of Petroleum Hydrocarbons". Methods in Biotechnology. Humana Press (23): 99–108. ISBN 1-58829-541-9.
  8. ^ American Institute of Petroleum (September 2010). "Kerosene/Jet Fuel Assessment Document" (PDF). EPA. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 February 2014. Dicapai pada October 28, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ "Kerosene". Dicapai pada 10 June 2009.
  10. ^ "Ask.com". Dicapai pada 14 December 2015.
  11. ^ Annamalai, Kalyan; Ishwar Kanwar Puri (2006). Combustion Science and Engineering. CRC Press. m/s. 851. ISBN 978-0-8493-2071-2.
  12. ^ Levine, Michael D.; Gresham, Chip, III (30 April 2009). "Toxicity, Hydrocarbons". emedicine. Dicapai pada 1 December 2009.
  13. ^ Mahdi, Awad Hassan (1988). "Kerosene Poisoning in Children in Riyadh". Journal of Tropical Pediatrics. Oxford University Press. 34 (6): 316–318. doi:10.1093/tropej/34.6.316. PMID 3221417. Dicapai pada 1 December 2009. Radiological signs of pneumonia were shown in nine out of 27 patients who had chest X-rays. There was one death.
  14. ^ "CDC - NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards - Kerosene". www.cdc.gov. Dicapai pada 2015-11-06.