Kereta subpadat
Penampilan
(Dilencongkan daripada Kereta subkompak)
Kereta subpadat, juga dikenali sebagai kereta segmen B, merupakan istilah bagi menerangkan saiz kereta yang lebih kecil daripada kereta padat, biasanya dengan panjang tidak melebihi 165 inci (4,191 mm), tetapi lebih besar daripada kereta mikro. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), sesebuah kereta penumpang boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kereta subpadat sekiranya ruang dalamannya ialah antara 85 cubic feet (2,407 L) hingga 99 ka3 (2,803 L).
Sementara istilah "kereta subpadat" digunakan di Amerika Utara dan kebanyakan negara lain, negara-negara Eropah pula mengklasifikasikan kereta subpadat sebagai sama ada kereta supermini ataupun kereta bandar raya (seperti yang dijelaskan dalam Euro NCAP) di Eropah.