Padang ragut
Padang ragut (Pasture) adalah tanah dengan tumbuhan yang digunakan bagi ternakan meragut[1] sebagai sebahagian dari ladang, atau ladang ternak atau sebarang kawasan ternak tertutup atau digunakan oleh haiwan liar untuk meragut atau mencari makan. Ia berbeza dengan ("meadow") [2] di mana rumput dipotong bagi menghasilkan jerami bagi makanan ternakan musim sejuk.
Sebelum adanya perladangan kilang dengan penggunaan teknik permakanan "ragut-sifar", padang ragut merupakan sumber utama bagi haiwan ragut seperti lembu dan kuda. Ia masih digunakan secara meluas terutamanya di kawasan kontang di mana tanah ragut tidak sesuai untuk pengeluaran pertanian lain. DI kawasan lebih lembap, padang ragut digunakan secara meluas bagi ragut bebas dan pertanian organik. Ia merupakan sumber biotik penting.
Tumbuhan di padang ragut mungkin terdiri dari rumput, legume, tumbuhan renek lain atau campuran. Campuran tanah, suhu minima tahunan, dan hujan merupakan faktor utama bagi pengurusan padang ragut.
Contoh habitat padang ragut
[sunting | sunting sumber]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "pasture". Merriam-Webster.com Dictionary.
- ^ Gilman, D. C.; Peck, H. T.; Colby, F. M., penyunting (1905). New International Encyclopedia (ed. 1st). New York: Dodd, Mead. Missing or empty
|title=
(bantuan)