Katalog Am Baru
Katalog Am Baru کاتالوݢ عام بارو | |
---|---|
Jenis tinjauan | Katalog astronomi |
Pertubuhan | William Herschel di Balai Cerap Dunsink, Persatuan Astronomi Diraja |
Pencerapan | William Herschel, John Herschel, James Dunlop |
Sumber data | William Herschel Teleskop Birr Castle Balai Cerap Dunsink (disemak semula oleh Sulentic dan Tifft) |
Matlamat | Kaji selidik mengenai objek bukan bintang |
Produk data | Katalog NGC |
Laman sesawang | Katalog Am Baru (semak semula) |
sunting · sunting di Wikidata |
Katalog Am Baru Nebula dan Kelompok Bintang (Jawi: کاتالوݢ عام بارو نيبولا دان کلومڤوق بينتڠ ; disingkatkan kepada NGC) merupakan katalog terkenal mengenai objek langit yang jauh dalam bidang ilmu falak. Ia disusun oleh John Louis Emil Dreyer pada 1888, sebagai katalog versi baru bagi Katalog Nebula dan Kelompok Bintang oleh John Herschel. Dalam NGC terdapat 7,840 objek yang dikenali sebagai "Objek NGC". Ia adalah salah satu katalog terbesar yang menyeluruh dan kandungannya tidak terhad kerana ia termasuk semua jenis objek angkasa yang jauh seperti galaksi. Dreyer juga menerbitkan dua suplemen ke dalam NGC yang dikenali sebagai Katalog Indeks (IC). Suplemen yang pertama diterbitkan pada 1895 dan mengandungi 1,520 objek manakala yang kedua diterbitkan pada 1908 dengan 3,866 objek.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Objek NGC |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Objek IC |
- Katalog NGC Interaktif Diarkibkan 2006-11-01 di Wayback Machine, SEDS
- Projek IC/NGC
- Versi semak semula Katalog NGC