Kodok
Kodok | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Kodok, bangkung atau katak puru merujuk kepada beberapa spesies amfibia, terutamanya "katak puru benar" dalam famili Bufonidae. Bagaimanapun, beberapa spesies daripada famili amfibia yang lain biasa juga digelarkan "katak puru", termasuknya famili Bombinatoridae, Discoglossidae, Pelobatidae, Rhinophrynidae, Scaphiopodidae, dan sebilangan spesies daripada famili Microhylidae. Ini disebabkan ciri-ciri yang biasa digunakan untuk membezakan katak puru daripada katak yang biasa (bahasa Inggeris: frog) tidak sama dengan ciri-ciri yang digunakan untuk pengelasan saintifik. Bentuk tubuh bukannya panduan yang selamat untuk menilai kumpulan-kumpulan anura. Ini ditunjukkan oleh sebilangan "katak benar" (true frog) daripada genus Rana yang mengamalkan tabiat mengorek lubang dan seakan-akan merupakan katak puru.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Spesies tip untuk famili Bufonidae ialah Bufo bufo, dan berkerumunnya ialah sebilangan spesies daripada genus yang sama serta sebilangan genus yang lebih kecil. B. bufo ialah amfibia yang mempunyai tubuh yang gempal, dan kulit yang penuh dengan ketuat, tetapi tidak mempunyai ekor. Mana-mana satu haiwan yang mempunyai ciri-ciri ini boleh digelarkan "katak puru", tanpa menghiraukan kedudukannya dalam taksonomi formal.
Hampir semua katak puru dalam famili Bufonidae mempunyai dua biji bonggol di kedua-dua belah pada belakang kepala yang dipanggil kelenjar parotid. Kelenjar-kelenjar ini mengandungi racun, yang mengalir keluar jika katak puru menghadapi tekanan. Beberapa jenis katak puru, seperti kodok Bufo marinus (bahasa Inggeris: Cane Toad), adalah lebih toksik berbanding yang lain. Sebilangan "kodok psikoaktif", umpamanya kodok Bufo alvaris (bahasa Inggeris: Colorado River Toad), telah digunakan sebagai bahan psychedelic melalui menjilat racunnya atau menyalai racun yang telah dikeringkan lalu menghisap asapnya.
Katak puru merupakan sejenis haiwan amfibia yang berdarah sejuk dan bertelur. Telur katak puru akan menetas sebagai berudu, sebelum berubah menjadi katak puru dewasa. Kulit katak puru lebih kering berbanding katak dan pada kebiasaannya berbonggol-bonggol (lihat gambar). Katak puru memakan serangga kecil, dan cacing.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Katak puru benar
[sunting | sunting sumber]Famili Bufonidae (Gray, 1825) - Kodok benar:
- Adenomus (Cope, 1861)
- Altiphrynoides (Dubois, 1987)
- Andinophryne (Hoogmoed, 1985)
- Ansonia (Stoliczka, 1870)
- Atelophryniscus (McCranie, Wilson & Williams, 1989)
- Atelopus (Duméril & Bibron, 1841)
- Bufo (Laurenti, 1768)
- Bufoides (Pillai & Yazdani, 1973)
- Capensibufo (Grandison, 1980)
- Churamiti (Channing & Stanley, 2002)
- Crepidophryne (Cope, 1889)
- Dendrophryniscus (Jiménez de la Espada, 1871)
- Didynamipus (Andersson, 1903)
- Frostius (Cannatella, 1986)
- Laurentophryne (Tihen, 1960)
- Leptophryne (Fitzinger, 1843)
- Melanophryniscus (Gallardo, 1961)
- Mertensophryne (Tihen, 1960)
- Metaphryniscus (Señaris, Ayarzagüena & Gorzula, 1994)
- Nectophryne (Buchholz & Peters, 1875)
- Nectophrynoides (Noble, 1926)
- Nimbaphrynoides (Dubois, 1987)
- Oreophrynella (Boulenger, 1895)
- Osornophryne (Ruiz-Carranza & Hernández-Camacho, 1976)
- Parapelophryne (Fei, Ye & Jiang, 2003)
- Pedostibes (Günther, 1876)
- Pelophryne (Barbour, 1938)
- Pseudobufo (Tschudi, 1838)
- Rhamphophryne (Trueb, 1971)
- Schismaderma (Smith, 1849)
- Spinophrynoides (Dubois, 1987)
- Stephopaedes (Channing, 1979)
- Truebella (Graybeal & Cannatella, 1995)
- Werneria (Poche, 1903)
- Wolterstorffina (Mertens, 1939)
Famili katak puru yang lain
[sunting | sunting sumber]Famili Bombinatoridae (Gray, 1825) - (bahasa Inggeris: Fire-bellied Toad):
- Barbourula (Taylor & Noble, 1924)
- Bombina (Oken, 1816)
Famili Brachycephalidae (Günther, 1858) - (bahasa Inggeris: Shield Toad):
- Brachycephalus (Fitzinger, 1826)
Famili Discoglossidae (Günther, 1858)
Famili Microhylidae (Günther, 1858)
- Subfamili Microhylinae - (bahasa Inggeris: Narrowmouthed Toad):
- Gastrophryne (Fitzinger, 1843)
Famili Pelobatidae (Bonaparte, 1850) - (bahasa Inggeris: European Spadefoot Toad):
Famili Scaphiopodidae (Cope, 1865) - (bahasa Inggeris: North American Spadefoot Toad):
- Scaphiopus (Holbrook, 1836)
- Spea (Cope, 1866)
Famili Rhinophrynidae (Günther, 1859) - (bahasa Inggeris: Burrowing Toad):
- Rhinophrynus (Duméril and Bibron, 1841)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- "Anura". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 4 Mei. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)