Abu Musa Jabir bin Hayyan
Tokoh Jabir ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir ibn Hayyan al-Barqi al-Azdi (أبو موسى جابر بن حيان الأزدي) juga dikenali sebagai "Geber" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam. Abu Musa Jabir ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi. Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Kimia". Beliau merupakan anak kepada penjual ubat.
Riwayat Hidup
[sunting | sunting sumber]Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayyyah iaitu Khalid ibn Yazid, yang juga terkenal sebagai ahli alkimia. Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Wazir Barmaki semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rasyid.
Jabir Ibn Haiyan meninggal dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 M.
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia. Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi.
Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia. Karyanya yang paling masyhur dan berpengaruh ialah Kitab al-Kimya (Arab: كتاب الكيمياء ).
Beliau juga telah menemukan zat galian dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya (al-anbiq) yang pertama.Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik.
Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan, pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.
Kitab
[sunting | sunting sumber]- Kitab al-Kimya
- Kitab al-sab'een
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.