Pergi ke kandungan

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Institut Perguruan Teknik)
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik
Institute of Teachers' Education of Malaysia, Technical Education Campus
Lokasi
Kompleks Pendidikan Nilai, Nilai
Maklumat
MotoBerusaha dan Berbakti
Ditubuhkan17 Mei 1962
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahDr. Yazid bin Abdul Manap
Timbalan PengarahKekosongan
Laman sesawang
Logo IPTKL (terdahulu)

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) adalah sebuah institusi pendidikan guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru-guru bidang teknik dan vokasional untuk ditempatkan di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di seluruh Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik lahir setelah proses naik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.

Sejarah ringkas

[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.

Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.

Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.

Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.

Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.

MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.

Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL). Kini, IPTKL dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT.

Sebuah MoU telah ditandatangani oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada sekitar tahun 2007. Setelah MoU ini ditandatangi, maka pihak Universiti Kebangsaan Malaysia akan meluaskan tapak pusat perubatannya yang terletak bersebelahan dengan IPTKL. Oleh itu, sebuah tapak baharu perlu diadakan untuk menggantikan tapak IPTKL yang sedia ada. Setelah penyelidikan dan tinjauan dibuat, sebuah tapak baharu telah dikenalpasti yang mana, bangunan baru IPGKPT akan ditempatkan iaitu di sebuah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak kira-kira 20km dari bandar Seremban, Negeri Sembilan. Kompleks Pendidikan seluas 270 hektar ini menempatkan bukan sahaja IPGKPT, malahan Politeknik Nilai, Institut Aminuddin Baki, English Language Training Center, dan Kolej Tunku Kurshiah.

Pembinaan bangunan baharu Fasa Pertama IPGKPT di Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan telah lengkap sepenuhnya pada penghujung 2012. Perpindahan warga IPGKPT ke kompleks ini bermula secara berperingkat-peringkat dan seterusnya perpindahan penuh. Pada penghujung 2012, warga kolej kediaman IPGKPT Kuala Lumpur telah memulakan pemindahan barang-barang mereka ke kampus baharu di Nilai, Negeri Sembilan. Malahan, beberapa jabatan juga memulakan proses pemindahan besar-besaran seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi, Jabatan Kejuruteraan, Unit Pusat Sumber dan sebagainya. Pemindahan besar-besaran ini telah menandakan bahawa era kegemilangan MPTKL akan kekal di kampusnya di Bandar Tun Razak Cheras dan kegemilangannya akan diteruskan di tempat baharu, dengan semangat baharu, dengan nama baharu, Insitut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Nilai.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik adalah Institusi Latihan Pendidikan dan Pusat Rundingcara Pedagogi dalam bidang Sains dan Teknologi yang cemerlang, terkini dan bertaraf dunia.

Melahirkan pendidik yang intelek, berhemah tinggi, kreatif-inovatif, berdaya tahan serta berakhlak mulia untuk merealisasikan kemajuan institusi pendidikan.

Alamat institut

[sunting | sunting sumber]

Kampus Cheras (1962-2012)

Insitut Pendidikan Guru,
Kampus Pendidikan Teknik,
Jalan Yaacob Latif,
56000, Cheras,
Kuala Lumpur.

Kampus Enstek (2013-kini)

Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Pendidikan Teknik,
Kompleks Pendidikan Nilai,
Bandar Baru Enstek,
71760, Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kampus Enstek

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Januari 2013, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik telah beroperasi secara rasmi di kampus baharu di Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan. Kampus baharu ini mempunyai beberapa blok, antaranya ialah,

Blok Pentadbiran
-Blok yang menempatkan pejabat pentadbiran induk, termasuk pejabat Rektor IPGM dan Timbalan Rektor IPGM.
Blok Pensyarah
-Blok 4 tingkat yang menempatkan pensyarah-pensyarah dan jabatan-jabatan seperti Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Ko-kurikulum, Unit Praktikum, dsb.
Blok Bengkel dan Makmal
-blok yang menempatkan makmal-makmal sains, bengkel ekonomi rumah tangga, bengkel kejuruteraan, makmal teknologi maklumat, makmal lukisan kejuruteraan, dsb.
Blok Tutorial
-blok 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik tutorial
Dewan Kuliah
-menempatkan dewan kuliah utama dan makmal-makmal simulasi.
Pusat Sumber
-blok 2 tingkat yang menjadi pusat ilmu dan rujukan utama warga kampus
Blok Kolej Kediaman Perempuan
-terdiri daripada 5 buah blok 4 tingkat yang menempatkan pelajar perempuan
-mempunyai sebuah kafeteria sendiri
Blok Kolej Kediaman Lelaki
-terdiri daripada 3 blok 4 tingkat yang menempatkan pelajar lelaki
-mempunyai sebuah kafeteria sendiri
Dewan Serbaguna
-dewan yang digunakan dalam acara formal institut.
-mempunyai 2 buah gelanggang squash.

Jabatan dan Unit di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

[sunting | sunting sumber]
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar
  • Jabatan Ilmu Pendidikan[pautan mati kekal]
  • Jabatan Teknologi Pengkomputeran (Sebelum ini Jabatan Teknologi Pendidikan)
  • Jabatan Matematik
  • Jabatan Sains
  • Jabatan Pengajian Melayu
  • Jabatan Bahasa
  • Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
  • Jabatan Sains Sosial
  • Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
  • Unit Praktikum
  • Unit Ko-Kurikulum
  • Unit Peperiksaan
  • Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
  • Unit Psikologi dan Kaunseling
  • Unit Khidmat Pengurusan
    • Sub Unit Teknikal
    • Sub Unit Teknologi Maklumat dan Elektronik
    • Sub Unit Perkhidmatan
    • Sub Unit Aset dan Stor
    • Sub Unit Kewangan
    • Sub Unit Pentadbiran

Program yang dijalankan

[sunting | sunting sumber]

KPLSPM (Kursus Perguruan Lepasan SPM)
PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
QUT
KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
J-QAF
OUM (Program Kerjasama Open University dan Insitut Perguruan Teknik)

DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah - PPC)

Kemahiran Hidup & vokasional
Reka Bentuk & Teknologi (RBT)
Matematik
Pemulihan Bahasa Melayu
Sains
Ekonomi Rumah Tangga
Pengajian Bahasa Inggeris
Pengajian Pra Sekolah
TESL

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]