Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail adalah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru seluruh Malaysia. Nama Institusi ini telah ditukar berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan institusi ini yang mahu mengabadikan nama mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
IPG Kampus Dato' Razali Ismail lahir setelah proses menaik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.
Mifzal dan Udin
[sunting | sunting sumber]IPG Kampus Dato' Razali Ismail didirikan di atas kawasan seluas 64.192 ekar. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu.
Kawasan ini dipersetujui dan diterima untuk dijadikan tapak institusi ini oleh pihak-pihak yang berkenaan yang ketika itu Terengganu adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Datuk Ibrahim Fikri. Pampasan dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah.
Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai Institut Pendidikan Guru di negara ini.
Institusi ini adalah IPG berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981.
Mereka menjalankan kursus selama tiga tahun. Guru pelatih ini menjadi perintis berjumlah 189 orang yang menjalankan kursus perguruan asas tiga tahun. Mereka ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang dapat menampung seramai 720 orang guru pelatih.
Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981 dan di tempatkan buat sementara waktu di Institut Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga akhir Februari 1981 sebelum berpindah ke IPKT Batu Rakit.
Urusan pentadbiran institut yang bermula pada Oktober, 1981 telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan MPPPKT. Pada bulan April 1982 dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan IPKT yang berjumlah seramai 127 orang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- http://www.ipgmkdri.edu.my/ Diarkibkan 2015-04-02 di Wayback Machine