Bahasa-bahasa Indo-Arya
Penampilan
(Dilencongkan daripada Indo-Aryan)
Indo-Arya | |
---|---|
Indil | |
Taburan geografi: | Asia Selatan |
Klasifikasi bahasa: | Indo-European
|
Pembahagian: | |
ISO 639-2 / 5: | inc |
Bahasa Indo-Arya (termasuk juga Indik dalam konteks kajian Indo-Eropah) [1] ialah salah satu cabang daripada keluarga bahasa Indo-Eropah.
Mengikut anggarannya pada tahun 2005, SIL International menghitung sejumlah 209 kelainan bahasa Indo-Arya, dengan jumlah penutur aslinya sebanyak 900 juta. Bahasa Indo-Arya merupakan salah satu subkumpulan bahasa Indo-Iran yang terdiri daripada dua kumpulan bahasa, iaitu kumpulan bahasa Iran dan kumpulan bahasa Nuristani. Bahasa-bahasa Indo-Arya yang terutama daripada segi bilangan penutur asli ialah:
- Bahasa Hindustan (Hindi dan Urdu): kira-kira 540 juta;
kira-kira 260 juta; | |
kira-kira 100 juta; | |
kira-kira 90 juta; | |
kira-kira 45 juta; | |
kira-kira 40 juta; | |
kira-kira 30 juta; | |
kira-kira 20 juta; | |
kira-kira 16 juta; | |
kira-kira 14 juta; | |
kira-kira 14 juta. |
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Disebabkan oleh ketiadaannya batas yang ketara antara bahasa-bahasa Indo-Arya, tidak terdapatnya pengelasan yang jelas. Bagaimanapun, bahasa Indo-Arya biasanya dibahagikan seperti yang berikut:
- Bahasa Pahari atau Bahasa Utara, seperti bahasa Nepal;
- Bahasa Barat Laut, seperti bahasa Punjab Barat (Lahnda):
- Bahasa Dard, seperti bahasa Kashmir: Digolongkan oleh SIL sebagai Barat Laut, tetapi kedudukannya yang tepat dalam bahasa Indo-Arya atau antara bahasa Indo-Arya dan bahasa Iran tidak dapat dipastikan.
- Bahasa Madhya, Hindi, atau Tengah, termasuk dialek baku bahasa Hindi, serta juga bahasa Urdu:
- Bahasa Barat, seperti bahasa Gujarat dan mungkin juga bahasa Romani (dalam pengelasan bahagian Madhyan SIL)
- Bahasa Magadan atau Timur, seperti bahasa Assam dan bahasa Benggala;
- Bahasa Selatan, seperti bahasa Marathi dan bahasa Konkan:
- Bahasa Indik Kepulauan, seperti bahasa Sinhala dan bahasa Dhivehi.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Kata pinjaman Indo-Arya dalam bahasa Tamil
- Keluarga tulisan Brahmi
- Kesinambungan Proto-Veda
- Orang Indo-Arya
- Orang Indo-Iran
- Penghijrahan Indo-Arya
- Sejarah linguistik India
- Senarai bahasa Indo-Arya
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Perhatikanlah bahawa, berbeza dengan kata sifat generik "India", "Indik" ialah istilah yang digunakan dalam bidang lingustik Indo-Eropah, dan bukan betul-betul sepatah istilah geografi; bahasa bukan Indo-Eropah yang dituturkan di India tidak terangkum dalam istilah "Indik", manakala penutur superstratum Indo-Arya di Mitanni mungkin merupakan penutur bahasa Indik yang tidak pernah menetap di subbenua India.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Indo Aryan languages
- The Indic languages Diarkibkan 2004-12-08 di Wayback Machine
- Transliteration of Indic Languages & Scripts - Dr. Anthony Stone's Page
- Survey of the syntax of the modern Indo-Aryan languages (Rajesh Bhatt)