Pergi ke kandungan

Aya jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ikan aya)

Ikan aya
Tongkol kerai
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Katsuwonus

Kishinouye, 1915
Spesies:
K. pelamis
Sinonim
  • Euthynnus pelamis (Linnaeus, 1758)
  • Katsuwonus vagans (Lesson, 1829)
  • Scomber pelamys Linnaeus, 1758
  • Scomber pelamis Linnaeus, 1758
  • Thynnus vagans Lesson, 1829

Ikan aya,[2] ikan tongkol[3] atau tongkol kerai, ikan kayu,[3] cakalang[2] atau nama saintifiknya Katsuwonus pelamis ialah ikan perciform sederhana dalam keluarga Scombridae serumpun degan tuna. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.[4]

Terdapat seberapa ikan yang diketahui dengan nama ini namun diamati secara saintifik dengan pengenalan berbeza-beza:

Penerangan

[sunting | sunting sumber]
Kawanan tongkol kerai

Ia ikan pelagik berenang pantas mengikut arus, biasa di perairan tropika di seluruh dunia, di mana ia mendiami air permukaan dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ikan), memakan ikan, krustasea, sefalopod, dan moluska. Ia adalah spesies mangsa penting bagi ikan pelagik yang besar dan jerung.

Ia tidak mempunyai sisik kecuali atas garis sisi dan korselet (satu jalur sisik besar dan tebal membentuk bulatan di sekeliling badan di belakang kepala). Ia biasanya mencapai kepanjangan sehingga 80 cm (31 in)dan berat 8–10 kg (18–22 lb). Panjang maksimumnya adalah 108 cm (43 in) dan berat maksimum adalah 34.5 kg (76 lb). Penuaan tongkol ini adalah sukar, dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.[4]

Ikan aya atau tongkol kerai mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa. Panjang ikan ketika pertama kali mengawan adalah lebih kurang 45 cm (18 in). Ia juga dikenali dengan bau yang kuat.[4]

Kegunaan dalam makanan

[sunting | sunting sumber]

Di Manado dan juga Maluku, ikan yang disebutkan sebagai cakalang ini diawetkan secara diasap salai menjadi cakalang fufu, hidangan khas di tempat-tempat ini.[5] Ikan ini secara amnya berperanan utama dalam ekonomi Indonesia di mana hasilnya dimanfaatkan oleh kalangan golongan menengah ke atas.[5]

Di Jepun, ikan ini yang diberi nama setempat katsuo (鰹/かつお) sangat dikehendai dalam masakan masyarakat sana tidak sahaja secara mentah (dalam sushi dan sashimi) dipanggang (katsuo tataki (鰹のタタキ)) malah diawet kering menjadi katsuobushi yang menjad bumbu makanan serta bahan utama rebusan dashi.[6]

  1. ^ Katsuwonus pelamis (Oceanic Bonito, Oceanic Skipjack, Skipjack, Skipjack Tuna, Skipjack Tuna, Stripy). Iucnredlist.org (2010-09-15). Retrieved on 2013-08-22.
  2. ^ a b Froese, R.; D. Pauly, penyunting (2020). "Common names of Katsuwonus pelamis". Fishbase. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  3. ^ a b "Tangkapan Marin: Ikan Tongkol". MyAgro. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  4. ^ a b c Collette, Bruce B.; Cornelia E. Nauen (1983). FAO species catalogue. Vol. 2. Scombrids of the world. An annotated and illustrated catalogue of tunas, mackerels, bonitos and other related species known to date (PDF). FAO Fisheries Synopsis. Rome: Food and Agriculture Organization of the United Nations. m/s. 137.
  5. ^ a b YD, Motik Chandra; Sitompul, Iskandar; HS, Tomo; K., Synthesa Praharani; Sondakh, Gitrix M (2007). Kekayaan Laut Indonesia. hal. 3-5. Jakarta:Sekretariat Dewan Maritim Indonesia - Departemen Kelautan dan Perikanan.
  6. ^ Sperss, Phil. "How to prepare skipjack tuna for nigiri sushi". lapetitnoisette.

Sumber lain

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:TaxonIds