Hukum-hukum gerakan Newton
Hukum-hukum gerakan Newton adalah tiga hukum fizik yang menyediakan hubungan antara daya dengan jasad dan pergerakan jasad. Semua itu disatukan oleh Sir Isaac Newton dalam hasil kerjanya Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1687). Hukum-hukum tersebut membentuk asas kepada mekanik klasik dan Newton sendiri banyak menggunakan hukum-hukum ini untuk menerangkan banyak kesan yang berkaitan dengan gerakan objek fizikal, Dalam jilid ketiga teks tersebut, beliau menunjukkan bahawa hukum gerakan, digabungkan dengan hukum kegravitian semesta, menerangkan hukum gerakan planet Kepler.
Secara ringkasnya, hukum-hukum ini menyatakan:
- Sesuatu objek akan sentiasa berada dalam keadaan pegun, atau bergerak dengan halaju malar, melainkan wujudnya daya yang bertindak ke atasnya.
- Kadar perubahan momentum bagi bagi sesuatu objek adalah berkadar terus dengan daya yang bertindak ke atasnya.
- Bagi setiap objek yang bertindak ke atas sesuatu objek, objek akan mengenakan daya yang sama tetapi berlawanan arah.
Hukum-hukum
[sunting | sunting sumber]Hukum gerakan Newton menerangkan pecutan bagi jasad yang besar. Dalam bahasa moden, hukum menyatakan:
- Hukum Pertama
- Jika tiada daya bersih yang bertindak ke atas sesuatu zarah, maka adalah mungkin untuk memilih satu set rangka rujukan, yang dipanggil rangka rujukan inersia, yang dicerap dari pergerakan zarah tanpa sebarang perubahan dalam halaju.
- Hukum Kedua
- Dicerap dari rangka rujukan inersia, daya bersih ke atas sesuatu zarah adalah berkadaran dengan perubahan masa bagi momentum linear: . Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju. Hukum ini selalu dinyatakan sebagai (daya ke atas suatu objek sama dengan jisimnya didarab dengan pecutannya).
- Hukum Ketiga
- Setiap kali suatu zarah A mengenakan daya pada zarah lain iaitu B, B pada masa yang sama akan mengenakan daya kepada A dengan magnitud yang sama dalam arah yang berlawanan. Bentuk hukum yang kuat ini kemudian mempostulatkan bahawa kedua-dua daya ini bertindak pada garis yang sama.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.