Pergi ke kandungan

Hubungan Malaysia–Takhta Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hubungan Malaysia-Takhta Suci)

Hubungan Malaysia-Holy See merupakan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Takhta Suci.

Pada tahun 2002 Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah mengunjungi Vatikan untuk melawat Paus John Paul II.[1] Semasa lawatan kali kedua di antara Perdana Menteri Najib Razak dan Paus Benedict XVI di Istana Apostolik di Castel Gandolfo, satu persetujuan untuk membina hubungan diplomatik antara kedua negara telah diakhiri.[2][3][4] Malaysia menjadi negara ke-170 yang membina hubungan diplomatik bersama bidang kuasa tersebut.

Sementara menunggu pelantikan duta Paus pertama ke Malaysia, wakil Paus di Bangkok terus bertindak sebagai wakil Apostolik untuk Malaysia, di mana jawatan ini diiktiraf Gereja Katolik di negara ini namun tidak sebaliknya oleh Kerajaan Malaysia.[5] Pada Januari 2013, ketua biskop Amerika Syarikat, Joseph Salvador Marino telah dilantik sebagai duta Paus yang pertama untuk Malaysia.[6]

Malaysia pula melantik Bernard Giluk Dompok sebagai duta pertama Malaysia ke Takhta Suci pada tahun 2016.[7]

  1. ^ "Mahathir to visit Vatican for meeting with pope". Kyodo News. 24 Mei 2002. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ "Udienza al Primo Ministro della Malaysia". Comunicato della Sala Stampa della Santa Sede (Pejabat Akhbar Takhta Suci). 18 Julai 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2012. Dicapai pada 19 Julai 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Selva, T. "Najib: Malaysia to establish diplomatic ties with The Vatican"[pautan mati kekal] The Star 18 Julai 2011, dicapai pada 19 Julai 2011
  4. ^ "Malaysia establishes diplomatic ties with Vatican" BBC News 18 Julai 2011, dicapai pada 24 Julai 2011
  5. ^ Papal delegate positive on Vatican relations, 1 November 2011
  6. ^ Pope appoints Birmingham native Archbishop Joseph Marino to Malaysia
  7. ^ "Bernard Dompok receives appointment letter as ambassador to Vatican". The Star (Malaysia). Dicapai pada 18 Mac 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]