Pergi ke kandungan

Dinasti Hohenstaufen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hohenstaufen)
Jata keluarga Hohenstaufen

Dinasti Hohenstaufen (lebih tepat lagi Staufer) ialah sebuah kerabat diraja Jerman (1138-1254) yang memerintah di kawasan yang dikenali sebagai Swabia dan kemudiannya menerajui Empayar Suci Rom. Pada tahun 1194, keluarga ini turut menjadi Raja Sicily. Nama yang lebih tepat ialah Staufen, yang diambil bersempena dengan nama istana mereka di Swabia. Oleh itu, dinasti ini turut dikenali sebagai Dinasti Swabia. Nama "Hohenstaufen" pula diambil daripada nama bukit, di mana istana mereka dibina, berdekatan dengan bandar Göppingen di dalam negeri Jerman bernama Baden-Württemberg. Istana tersebut dibina oleh anggota pertama dinasti ini, iaitu Frederick I, Duke Swabia