Hawa Rizwana bintiProf.Dato'Dr.Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-18) dan merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-22). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]
Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]
Beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3 dari 2020 hingga 2022.[5]
^Biarpun dilahirkan di Amerika Syarikat, Hawa Rizwana membesar di Malaysia dan diisytihar sebagai rakyat Malaysia melalui naturalisasi, dan hanya memegang kewarganegaraan Malaysia.