Sultan Hasanuddin
Sultan Hasanuddin (11 Januari 1631 - 1 Jun 1670) ialah Sultan Makassar yang menghabiskan sepanjang hidupnya melawan pihak Belanda yang menakluk Makassar dengan bantuan Arung Palakka, seorang putera Bone.
Sultan Hasanuddin dimakamkan di perkuburan diraja di Katangka, Makassar. Makam-makam raja Makassar terdiri daripada batu-batu yang besar yang bertaburan antara pokok bunga "Kamboja" putih serta pokok bunga merah darah. Mengikut legenda, raja-raja Makassar merupakan keturunan Tomanurung dan dihantar dari langit untuk menjadi raja-raja. Masjid yang berdekatan perkuburan ini dibina pada tahun 1903 dan dibaik pulih pada 1978.
Terdapat sebuah universiti dinamakan sempena nama baginda, iaitu "Universiti Hasanuddin", "Kodam XIV/Hasanuddin" dan "Lapangan Terbang Antarabangsa Hasanuddin" di Makassar juga digelar sempena nama baginda.