Abd Rani Osman
Dr. Haji Abdul Rani Osman | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Meru | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Jaei Ismail (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-AMANAH) |
Majoriti | 5,513 |
Pesuruhjaya PAS Selangor | |
Dalam jawatan 2011–2013 | |
Didahului oleh | Hasan Mohamed Ali |
Digantikan oleh | Iskandar Abdul Samad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 14 April 1958 Pelabuhan Klang, Selangor |
Mati | 23 Januari 2023 | (umur 64)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik, doktor |
Laman web | Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru |
Abdul Rani bin Osman (14 April 1958—23 Januari 2023[1]) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah[3]. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) dari Universiti Tanta, Republik Arab Mesir.
Khidmat masyarakat
[sunting | sunting sumber]Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.
Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | N42 Meru | Abdul Rani Osman | PAS | 7,751 | Jaei Ismail | BN | 11,850 | 4,099 |
2008 | N42 Meru | Abdul Rani Osman | PAS | 14,826 | Md Ghazali Md Amin | BN | 9,313 | 5,513 |
2013 | N42 Meru | Abdul Rani Osman | PAS | 22,086 | Sukaiman Ahmad | BN | 13,007 | 9,079 |
2018 | P109 Kapar | Abdul Rani Osman | PAS | 31,425 | Abdullah Sani Abdul Hamid | PH | 47,731 | 16,306 |
S. Manikavasagam | PRM | 525 | ||||||
Mohana Muniandy | BN | 26,412 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Dr Rani Osman kembali ke rahmatullah". Harakahdaily. 23 Januari 2023. Dicapai pada 23 Januari 2023.
- ^ Harakahdaily (12 Jun 2011). "Dr Abd Rani Osman Dilantik Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Yang Baru". PKM DNS Sungai Burong. Dicapai pada 23 Januari 2023.
- ^ "Bekas ADUN Meru meninggal dunia". Utusan Malaysia. 23 Januari 2023. Dicapai pada 23 Januari 2023.