Ghazali bin Ibrahim
Datuk Paduka Ghazali bin Haji Ibrahim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Padang Terap selama sepenggal (2004-2008). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia Dato' Seri Najib Razak (2014-2018) dan menjadi EXCO Kedah (1995-1999).
Datuk Paduka Ghazali bin Ibrahim | |
---|---|
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 2014–2018 | |
Menteri | Najib Razak |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Terap | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Zawawi Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Nasir Zakaria |
Majoriti | 2,172 (PRU-11) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Menteri Besar | Sanusi Junid |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Pedu | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Wan Jaafar Wan Ahmad |
Majoriti | 1,047 (PRU-9) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1954 (70 tahun) |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya. Pada 7 Julai 2014, beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra disaksikan bersama-sama oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa .[1]
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Ghazali sebelum ini juga pernah dilantik menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008).[2]
Beliau juga memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah FELCRA Berhad iaitu sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 17 Julai 2013.[3]
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dua kali bertanding sebagai calon ahli parlimen dalam Pilihanraya Umum Malaysia.[4]
P7 PADANG TERAP | Calon | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|
Pilihan Raya Umum 2004 | Dato' Ghazali Ibrahim | UMNO | 14,776 | 2,172 |
Zawawi Haji Ahmad | PAS | 12,604 | - | |
Pilihan Raya Umum 2008 | Mohd Nasir Zakaria | PAS | 15 003 | 369 |
Datuk Paduka Ghazali Ibrahim | UMNO | 14,634 | - |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-16. Dicapai pada 2016-05-07.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-05. Dicapai pada 2016-05-07.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-04. Dicapai pada 2016-05-07.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-10. Dicapai pada 2021-09-27.