Pergi ke kandungan

Get laluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Get laluan (telekomunikasi))
Get laluan layanan Juniper SRX210

Get laluan (bahasa Inggerisnya gateway) ialah nod rangkaian yang berkelengkapan untuk berantara muka dengan rangkaian lain yang menggunakan protokol berbeza. Ia mungkin dilengkapi peranti seperti penterjemah protokol, peranti pemadanan galangan, penukar kadar, pemencil kerosakan, atau penterjemah isyarat mengikut keperluan supaya sistem yang boleh saling kendali dapat dicapai. Get laluan juga memerlukan tatacara pentadbiran bersama wujud antara dua rangkaian.

Get laluan boleh dilaksanakan sepenuhnya di dalam perisian, sepenuhnya di dalam perkakasan atau gabungan kedua-duanya.[1]

  1. ^ "Network Gateway - What Is a Network Gateway". Wireless / Networking. About.com. Dicapai pada 7 Mac 2013.