Gempa bumi Kobe 1995
Gempa bumi Kobe merupakan satu gempa bumi yang berlaku di bandar raya Kobe, Jepun pada 17 Januari 1995. Ia berukuran 7.3 pada skala magnitud Richter dan terjadi pada jam 5:46 pagi, selama kira-kira 20 saat. Seramai 6,434 orang telah terbunuh, manakala 300,000 kehilangan tempat tinggal.
Gempa bumi Kobe merupakan gempa bumi termahal dalam sejarah moden. Kerosakan dianggarkan berjumlah 10 trilion Yen, 2.5% daripada KDNK Jepun ketika itu. Ia merupakan gempa bumi paling buruk di Jepun sejak 1923.
Lebuh raya Hanshin runtuh di atas lebuh raya yang lain. 70% daripada landasan kereta api dan sebuah stesen turut rosak. Bencana alam ini sentiasa kekal dalam ingatan rakyat Jepun dan diingati setiap tahun dengan lampu berwarna-warni.
Kobe merupakan pelabuhan Jepun yang paling sibuk berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan Asia lain. Pada 2005, pelabuhan Kobe menjadi pelabuhan ke-4 terbesar di Jepun dan ke-5 sebagai pelabuhan kontena di dunia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gempa bumi Kobe 1995 |