Fuad Hassan
Fuad Hassan | |
---|---|
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2014 | |
Digantikan oleh | Mohd Puad Zarkashi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Hulu Kelang | |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Didahului oleh | Kerusi baharu |
Digantikan oleh | Azmin Ali |
Majoriti | 6,508 (1990), 10,275 (1995) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Fuad bin Hassan 12 November 1952 |
Mati | 8 Disember 2014 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang | (umur 62)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Ampang, Selangor |
Parti politik | |
Pertalian | Jalaluddin Hassan (adik) Musa Hassan (abang) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Allahyarham Dato' Haji Fuad bin Tan Sri Dato' Haji Hassan (12 November 1952 – 8 Disember 2014) ialah bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Hulu Kelang mewakili UMNO.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian al-Quran iaitu Haji Hassan Azhari (1928–2018)[1] Beliau adalah anak sulung, kedua-dua daripada orang adiknya ialah mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan serta pelakon, Jalaluddin Hassan. Beliau menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah Jalaluddin dan dikurniakan 5 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.
Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal. Pada pilihan raya umum 1999, beliau telah tewas kepada calon Keadilan ketika itu iaitu Mohamed Azmin Ali.
Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan.
Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N19 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 11,585 | Mohd Fahmi Ibrahim | S46 | 5,077 | 6,508 |
1995 | N18 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 12,481 | Minhat Sulaiman | S46 | 2,206 | 10,275 |
1999 | N18 Hulu Kelang | Fuad Hassan | BN (UMNO) | 8,039 | Mohamed Azmin Ali | KeADILan | 9,185 | 1,146 |
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 65 tahun.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Diarkibkan 2018-10-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
- ^ "KP Jasa, Datuk Fuad Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 8 Disember 2014. Dicapai pada 9 October 2015.