Pergi ke kandungan

Frigat kelas Lupo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Frigat kelas Mariscal Sucre)
Frigat BAP Carvajal milik Tentera Laut Peru semasa dalam pelayaran di Laut Selatan pada tahun 2010
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Lupo
Pembina:
Pengguna:
Didahului oleh: kelas Alpino
Diganti oleh: kelas Maestrale
Sub-kelas:
  • Kelas-Carvajal
  • Kelas-Mariscal Sucre
  • Kelas-Artigliere (Soldati)
Ditauliahkan: 1977
Dirancang: 18
Disiapkan: 18
Aktif: 14
Dibaringkan: 1
Dipulihara: 3
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat peluru berpandu
Sesaran: 2.506 t (2.466 long ton) muatan penuh
Panjang: 113.2 m (371 ka) LOA
Lunas: 11.3 m (37 ka)
Draft: 3.7 m (12 ka)
Jana kuasa:
Halaju:
  • 35 kn (65 km/j) dengan turbin gas
  • 21 kn (39 km/j) dengan diesel
Jarak: 4,300 nmi (8,000 km) pada 16 kn (30 km/j)
Anak kapal: 185 (20 pegawai)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • - Sistem pengurusan tempur Selenia SADOC 2
  • - 1 x radar amaran awal Selenia SPS-774 (RAN-10S)
  • - 1 x radar pencari permukaan Selenia SPQ-2F CORA OTH
  • - 1 x radar pencari permukaan/udara Selenia SPS-702 (or RAN-11L/X)
  • - 1 x radar kawalan tembakan Selenia SPG-70 (RTN-10X)
  • - 1 x radar kawalan tembakan Raytheon Mk 95
  • - 2 x radar kawalan tembakan Selenia SPG-74 (RTN-20X)
  • - 1 x radar navigasi GEM Elettronica AN/SPN-748
  • - sonar badan Raytheon DE 1160B (SQS-56)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 x helikopter AB-212ASW
Kemudahan penerbangan:
  • Flight deck: 25.2 m × 11.3 m (83 ka × 37 ka)
  • Hangar teleskopik untu sebuah helikopter bersaiz sederhana

Kelas-Lupo adalah sebuah kelas frigat yang dibina oleh firma Cantieri Navali Riuniti (CNR) untuk kegunaan Tentera Laut Itali. Ia telah direka sebagai sebuah kapal perang pelbagai peranan dengan penekanan diberikan untuk penugasan peperangan anti permukaan (ASuW). Kelas ini juga menikmati beberapa kejayaan dalam pasar eksport dengan perolehan telah dibuat oleh Peru dan Venezuela. Terdapat juga pembinaan sejumlah kecil kapal dengan versi yang telah ditingkat upaya yang dikenali sebagai kelas-Soldati.

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1970-an, Tentera Laut Itali berhadapan dengan peningkatan kehadiran tentera laut Soviet di Laut Mediterranean yang membawa ancaman kepada garis komunikasi laut selain garis pantainya yang luas. Bagi menepis ancaman ini, Itali memulakan sebuah program pembesaran tentera laut yang mana termasuk perolehan kapal-kapal frigat yang memfokuskan pada peperangan anti permukaan (kelas-Lupo) dan peperangan anti kapal selam ( kelas Maestrale).

Untuk bahagian pertama program ini, CNR telah mencadangkan sebuah rekabentuk sebuah frigat seberat 2,500-tan berkelajuan tinggi dan dilengkapi dengan persenjataan berat. Kapal ini akan menggunakan sistem penjana kuasa pendorongan CODOG untuk mencapai halaju 35 knot, menjadikan ia sebagai salah sebuah kapal perang terlaju pada waktu itu. Antara sistem persenjataan termasuk 8 SSM, 8 SAM, beberapa sistem meriam, 2 tiub torpedo berkembar tiga dan sebuah helikopter ASW, yang mana setara dengan persenjataan yang dibawa oleh kapal perang yang lebih besar. Frigat kelas-Lupo mampu membawa krew seramai 200 orang.

Kapal-kapal

[sunting | sunting sumber]
kelas-Mariscal Sucre
Nombor
Pennant
Kapal Dibina oleh Nombor
badan
Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
F-21 Mariscal Sucre Cantieri Navali Riuniti, Riva Trigoso 851 19 November 1976 28 September 1978 10 Mei 1980 Aktif
F-22 Almirante Brión 853 Jun 1977 22 Februari 1979 7 Mac 1981 Aktif
F-23 General Urdaneta 852 23 Januari 1978 23 Mac 1979 8 Ogos 1981 Ditarik keluar dalam perkhidmatan
F-24 General Soublette 855 26 Ogos 1978 4 Januari 1980 5 Disember 1981 Akan dimodenkan di Cuba
F-25 General Salom 854 7 November 1978 13 Januari 1980 3 April 1982 Ditarik keluar dalam perkhidmatan
F-26 Almirante Garcia (dahulunya José Felix Ribas) 856 21 Ogos 1979 4 Oktober 1980 30 Julai 1982 Ditarik keluar dalam perkhidmatan
  • Faulkner, Keith, Jane's Warship Recognition Guide. 2nd edition. Jane's Information Group, 1999.
  • (Sepanyol) Rodríguez, John, "Las fragatas Lupo: una breve mirada retrospectiva y perspectivas". Revista de Marina, Year 95, No. 3: 8–32 (July / December 2002).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]