Keluarga Si Comat
Keluarga Si Comat | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Penulis | Aziz Sattar |
Lakon layar | Aziz Sattar |
Dihasilkan oleh | Deddy M. Borhan |
Dibintangi | Ibrahim Pendek Aziz Sattar Junainah M. Amin Deddy M. Borhan S. Shamsuddin |
Muzik oleh | Kassim Masdor |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1975 |
Masa tayangan | 1 jam 35 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | $150,000 |
Keluarga Si Comat ialah filem komedi yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada tahun 1975 dan ia diarahkan oleh Aziz Sattar.[1][2] Filem ini turut dijayakan oleh pengarahnya sendiri, iaitu Ibrahim Pendek sebagai pelakon utama, selain Junainah M. Amin, dan penerbitnya sendiri.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Comat tinggal dengan bapanya yang membuka perniagaan membaiki kereta. Pada suatu hari, Borhan menghantar keretanya ke bengkel Pak Comat untuk dibaiki. Di sana Borhan bertemu Comat dan mencadangkan kepada Pak Comat supaya membawa anaknya ke Kuala Lumpur kerana Borhan berminat menjadikan Comat seorang penghibur. Di Kuala Lumpur, pelbagai perkara lucu terjadi.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Aziz Sattar sebagai Pak Comot
- Ibrahim Pendek sebagai Comat
- Junainah M. Amin sebagai Jun
- Deddy M. Borhan sebagai Borhan
- S. Shamsuddin sebagai Pak Sudin
- Habsah Buang sebagai Ibu Anizah
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Penerbitan filem Keluarga Si Comat dilakukan oleh sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, Sabah Film. Pengambaran telah dilakukan di beberapa tempat di Singapura dan juga Negeri Sabah. Adegan lain di tempat di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur akan ditampilkan dalam filem tersebut. Ia juga merupakan filem berwarna yang pertama bagi syarikat itu dan telah memakan kos sebanyak biaya $150, 000. Filem ini diusahakan dalam bentuk skop dan tatawarna.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Aduka (22 Disember 1974). "'Keluarga Si Comat' dalam warna-warni mula difilem". Berita Harian. m/s. 18. Diperolehi daripada Lembaga Perpustakaan Negara Singapura pada 30 Ogos 2021.
- ^ Zawiyah Salleh (26 Oktober 1975). "'Keluarga Comat filem hiburan utk semua" ['Keluarga Si Comat', filem hiburan untuk semua]. Berita Harian. m/s. 7. Diperolehi daripada Lembaga Perpustakaan Negara Singapura pada 30 Ogos 2021.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Keluarga Si Comat di Sinema Malaysia Diarkibkan 2010-07-04 di Wayback Machine