Hantu Kubor (filem)
Penampilan
(Dilencongkan daripada Filem Hantu Kubor)
Hantu Kubor | |
---|---|
Pengarah | Chew Chen Kok |
Penulis | Lakon layar: |
Sinematografi | Hitam-putih |
Muzik oleh | Osman Ahmad |
Diedarkan oleh | Malay Film Production (MPF) |
Tarikh tayangan | 1958 |
Negara | Malaysia & Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Hantu Kubor merupakan sebuah filem seram Melayu yang diterbitkan di SingapuraSingapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Hantu Kubor diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia diterbitkan sebagai susulan kepada filem Hantu Jerangkung.
Filem Hantu Kubor diarah oleh pengarah Chew Chen Kok pada 1958.
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]- Sambungan dari filem Hantu Jerangkung, Mak Hitam (Habsah Buang) hidup kembali sebagai hantu kubur dan membuat kekacauan di dalam kampung jika Musa (Aziz Jaafar) tidak menurut kemahuannya. Apabila Tok Penghulu (S. Kadarisman) dan orang-orang kampung tidak lagi berdaya untuk melawan puaka Mak Hitam, mereka meminta bantuan dari Tok Pawang (Malek Sutan Muda) yang sememangnya tahu tentang asal-usul Mak Hitam.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Aziz Jaafar sebagai Musa
- Hashimah Yon sebagai Ramlah
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- Siti Tanjung Perak sebagai Milah
- Malek Sutan Muda sebagai Tok Pawang
- S. Kadarisman sebagai Tok Penghulu
- Rosiah Chik sebagai Isteri Tok Penghulu
- Nyong Ismail sebagai Tok Leman
- Sa'amah sebagai Isteri Tok Leman
- Minah Yem sebagai Mak Andam
- H. M. Busra sebagai Buntal
- Ibrahim Pendek sebagai Ketot
- Habsah Buang sebagai Mak Hitam
- Ali Fiji sebagai Orang Darat
- Mustarjo sebagai Pak Abu
- Shariff Dol sebagai Saleh
- Omar Suwita sebagai Dol
- A. Rahim
- Kemat Hassan
- M. Rafiee
Lagu
[sunting | sunting sumber]Lagak Berani nyanyian Aziz Sattar & S. Samsuddin