Hang Jebat (filem 1961)
Hang Jebat | |
---|---|
Pengarah | Hussein Haniff |
Penulis | Ali Aziz |
Lakon layar | Ali Aziz |
Dibintangi | Nordin Ahmad M. Amin Latifah Omar Mahmud Jun Rosnani Jamil |
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1961 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Hang Jebat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1961. Filem Hang Jebat diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem ini bukan sequel kepada filem berwarna Hang Tuah yang diterbitkan pada 1956 dimana teraju utama, Nordin Ahmad memegang watak Hang Kasturi.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem Hang Jebat telah diarahkan oleh pengarah Hussein Haniff pada tahun 1961, dan skripnya ditulis oleh Ali Aziz.
Filem itu terpilih untuk dipertandingkan ke Festival Filem Asia ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Sultan Mansur Shah tanpa mempedulikan nasihat Bendahara Tun Perak telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Hang Tuah (M. Amin). Hang Jebat (Nordin Ahmad) yang dilantik menjadi Laksamana oleh Sultan menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Pada masa yang sama, Jebat menjalin hubungan dengan Dang Baru (Latifah Omar), pembantu rumah Bendahara Tun Perak dan mereka berkahwin secara rahsia. Sultan Mansur akhirnya membuat keputusan untuk berundur ke rumah Bendahara setelah Jebat bertindak membunuh Pateh Karma Wijaya (Mahmud June) bersama orang-orangnya dan menyerang istana Raden Mas Ayu (Rosnani Jamil). Usaha Sultan Mansur untuk menghalang keganasan Jebat menemui jalan buntu apabila Kasturi (Ghazali Sumantri), Lekir dan Lekiu gagal menentang Jebat dan dua orang pendekar yang diutuskan oleh Temenggung turut maut di tangan Jebat. Akhirnya Bendahara berterus-terang kepada Sultan Mansur Shah bahawa Tuah sebenarnya tidak dihukum bunuh, sebaliknya telah disembunyikan oleh beliau di sebuah perkampungan terpencil di Hulu Melaka. Berlaku pertarungan sengit antara Tuah dan Jebat hingga Jebat akhirnya tewas di tangan Tuah setelah berjaya merampas keris Taming Sari. Walaupun cedera parah, namun, bagaikan harimau mengamuk apabila dicederakan, Jebat bertindak melakukan amuk sehingga ramai tentera-tentera raja, pendekar-pendekar dan orang-orang kampung mati dibunuhnya. Sampai sahaja di rumah Tuah, Jebat akhirnya meninggal dunia di pangkuan Tuah.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Nordin Ahmad sebagai Hang Jebat
- M. Amin sebagai Hang Tuah
- Latifah Omar sebagai Dang Baru
- Mahmud Jun sebagai Patih Karma Wijaya
- Rosnani Jamil sebagai Raden Mas Ayu.
- Shariff Medan sebagai Datuk Bendahara Tun Perak.
- Siput Sarawak sebagai Isteri Hang Tuah
- Abdullah Sani sebagai Sultan Mansur Shah
- Ghazali Sumantri sebagai Hang Kasturi
- Haji Arshad sebagai Hang Lekir
- Umi Kalthum sebagai Permaisuri Tun Tijah
- Pak Yem sebagai Temenggong
- A. B Ibrahim Sebagai Hang Lekiu
- Murni Sarawak sebagai Penari Istana