Pergi ke kandungan

Getaran (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Getaran)
Getaran
PengarahV. Nagaraj
PenulisRaw D'Noer
Lakon layarV. Nagaraj
Dihasilkan olehV. Nagaraj
Dibintangi
Diedarkan olehSV Production
Tarikh tayangan
  • 30 Ogos 2001 (2001-08-30) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Getaran adalah salah satu daripada filem Malaysia. Ia mula ditayangkan pada 26 Ogos 2001.

Awie memiliki sebuah bengkel mekanik di sebuah kawasan setinggan dan di situ terdapat sebuah kumpulan muzik dikenali sebagai Kristal yang dianggotai oleh remaja belasan tahun. Awie tertarik hati dengan permainan muzik kumpulan itu dan berjanji untuk mengetengahkan mereka sebagai artis rakaman. Sementara itu Mona terpikat kepada kemuliaan hati Awie dan saling bercinta, tetapi dalam masa yang sama tumpuan telah mereka diberikan kepada Kristal agar berjaya menjadi artis popular. Zamri pula yang kecewa kerana cintanya kepada Mona tidak berbalas telah menyimpan dendam kepada Awie dan Mona.

Dalam usahanya untuk menggagalkan cita-cita Awie dan Mona, Zamri bertemu Sam yang juga menyimpan dendam kepada Awie. Mereka sepakat dan berjaya memerangkap Awie dan mengheretnya ke dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan Awie parah dipukul sekali gus hilang ingatannya. Justeru tanpa Awie menyebabkan Kristal hilang semangat untuk berjuang, malah merasakan menjadi artis rakaman tidak memberi apa-apa erti. Hanya cinta dan keyakinan Mona pada Awie yang akhirnya memulihkan segalanya.

Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM840,640.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]