Pergi ke kandungan

Amok (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Filem Amok)
Amok
PengarahAdman Salleh
PenulisSalleh Ben Joned (Cerita)
Lakon layarAdman Salleh
Dihasilkan olehRuhani Abdul Rahman
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
15 Julai 1995
Masa tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Amok ialah sebuah filem genre drama ngeri psikologi Malaysia yang ditayangkan pada 15 Julai 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Adman Salleh.

Amok bertolak dari tiga watak yang berhubungan dan juga bersifat kontras iaitu Wan Man, pemuda kampung yang pernah belajar ilmu silat dari Pak Guru. Dia kemudian terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang wanita Amerika, Natalie - seorang sukarelawan dari American Peace Corp yang datang ke sebuah kampung di pantai Timur dengan tujuan untuk memperlengkapkan kajian Ph.Dnya tentang Malay Psychic. Natalie digambarkan sebagai gadis yang bebas, sebahagian dari Flower Generation yang timbul hasil dari pengaruh woodstock dan mengamalkan seks bebas. Manakala Ram kawan sekampung Wan Man turut dipengaruhi dengan kehidupan bebas yang dibawa oleh pelancong barat dan turut mengamalkan seks bebas. Filem ini berlatarkan tahun-tahun awal 1970-an, era yang dipengaruhi oleh kehidupan ala hippies, muzik rock, dadah, protes perang Vietnam oleh generasi muda Amerika, dan woodstock di Amerika. Budaya tradisi yang diamalkan oleh Wan Man yang diasaskan oleh guru silatnya di kampung, dan pusaka batin yang diwarisi oleh Wan Man dan bapanya Wan Setia dikejutkan oleh pertembungan dengan budaya liar yang dibawa oleh Natalie. Kesemua gelodak perasaan ini akhirnya meledak dengan amukan!

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]