Frederik Willem de Klerk
Frederik Willem de Klerk | |
---|---|
Presiden Negara Afrika Selatan ke-7 | |
Dalam jawatan 15 Ogos 1989 – 10 Mei 1994 | |
Didahului oleh | P. W. Botha |
Digantikan oleh | Nelson Mandela sebagai Presiden |
Naib Presiden Afrika Selatan | |
Dalam jawatan 10 Mei 1994 – 30 Jun 1996 Berkhidmat with Thabo Mbeki | |
Presiden | Nelson Mandela |
Didahului oleh | Alwyn Schlebusch sebagai Naib Presiden Negara |
Digantikan oleh | Thabo Mbeki (semata-mata) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Frederik Willem de Klerk 18 Mac 1936 Johannesburg, Transvaal, Afrika Selatan |
Mati | 11 November 2021 Fresnaye, Cape Town, Afrika Selatan | (umur 85)
Parti politik | Kebangsaan |
Gabungan politik lain | Kebangsaan Baru |
Pasangan |
|
Pertalian | Johannes de Klerk (bapa) |
Anak |
|
Kediaman | Cape Town, Western Cape |
Tempat belajar | Potchefstroom University (BA, LLB) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Tandatangan | |
Frederik Willem de Klerk (18 Mac 1936 – 11 November 2021) ialah seorang ahli poliitk dari Afrika Selatan. Beliau merupakan Presiden Afrika Selatan kulit putih yang terakhir memerintah pada zaman aparteid dari September 1989 hingga Mei 1994 selain juga memimpin Parti Kebangsaan dari Februari 1989 hingga September 1997.
De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Frederik lahir pada 18 Mac1936 di kawasan luar bandar Mayfair di Johannesburg,[1] beliau anak kedua dalam sebuah keluarga penutur bahasa Afrikaans.[1] Keturunan nenek moyangnya yang sebahagiannya Huguenot (berdasarkan nama keluarganya yang bermaksud "paderi" dalam bahasa Perancis) dicatat tiba berhijrah ke selatan benua Afrika pada tahun 1866,[2] ibunya pula berketurunan orang Austria.[3][4]
Keluarganya memainkan peranan penting dalam masyarakat Afrikaner;[5] datuknya seorang paderi yang pernah terlibat dalam Perang Boer Pertama[2] serta pernah bertanding sebagai calon dalam Parti Kebangsaan sebanyak dua kali.[6] Bapa saudaranya, J. G. Strijdom, Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.[7] Ayahnya, Jan de Klerk, seorang senator serta setiausaha dalam cawangan Transvaal Parti Kebangsaan selama 15 tahun.[8] Dalam persekitaran inilah Frederik didedahkan kepada ehwal politik sejak kecil.[9]
Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.
Kerjaya politik awal
[sunting | sunting sumber]De Klerk yang lebih dikenali sebagai "F.W." telah menjadi ahli kabinet pada 1978. Pada 1982, dia menjadi pemimpin Parti Kebangsaan untuk daerah Transvaal. Selepas kerjaya politik yang agak lama, beliau mengetuai kumpulan verligte ("bercahaya") dalam parti kerajaan pada tahun 1989. Hasilnya, pada Februari 1989 dia dilantik ketua Parti Kebangsaan dan menggantikan P.W. Botha sebagai Presiden apabila Botha terpaksa meletak jawatan setelah diserang penyakit angin ahmar.
Sebagai Presiden
[sunting | sunting sumber]Ke arah demokrasi
[sunting | sunting sumber]Tindakan beliau menarik balik pengharaman ke atas Kongres Kebangsaan Afrika dan organisasi kaum kulit hitam yang lain pada Februari 1990 merupakan titik permulaan perundingan yang menuju kearah berakhirnya Aparteid dan pentadbiran minoriti kulit putih. Pada 10 Februari tahun yang sama, de Klerk mengumumkan pembebasan Nelson Mandela pada hari yang berikutnya. Kedua-dua De Klerk serta Mandela kemudiannya dianugerahkan dengan Hadiah Nobel untuk keamanan pada 1993 atas usaha gigih mereka menamatkan regim aparteid secara aman dan meletakkan asas yang kukuh bagi membina Afrika Selatan baru yang demokratik.
Pada April 1994, pilihan raya semua bangsa yang pertama telah diadakan dan Mandela telah dipilih dengan majoriti yang besMANDELA ma dua tahun. Pada 1997, beliau telah meletak jawatan supaya Parti Kebangsaan tidak lagi dikaitkan dengan polisinya yang lampau.
Zaman pasca-apartheid dan persaraan
[sunting | sunting sumber]Penceraiannya dengan isterinya, Marike pada Oktober 1998 dan perkahwinan semula dengan Elita Georgiades telah mencetuskan skandal di Afrika Selatan. Negara juga dikejutkan dengan pembunuhan bekas isterinya semasa suatu perompakan, ditangan seorang pengawal keselamatan.
Pada 2004, de Klerk telah keluar dari parti Parti Kebangsaan Baru setelah parti tersebut mengumumkan penggabungan dengan parti kerajaan ANC.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Mac 2021, diumumkan bahawa De Klerk telah didiagnosis dengan penyakit Mesothelioma.[10] Beberapa bulan kemudian, pada 11 November, beliau meninggal akibat komplikasi dari penyakit itu di rumahnya di Cape Town, pada usia 85 tahun.[11][12][13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b de Klerk 1991, m/s. 149.
- ^ a b "The Last Trek: A New Beginning". Washington Journal. C-SPAN. 11 June 1999. Dicapai pada 7 September 2018.
Yes, I'm an African, born and bred. My forebears arrived in South Africa in 1688. My later forebears fought the first modern anti-colonial war on the continent of Africa, against Great Britain. I'm an African, through and through, and the fact that I'm white does not detract from my total commitment to my country and through my country, to our continent.
- ^ Johannes (Jan) de Klerk | South African History Online Diarkibkan 13 Ogos 2012 di Wayback Machine
- ^ A. Kamsteeg, E. Van Dijk, F.W. de Klerk, man of the moment. 1990
- ^ de Klerk 1991, m/s. 81.
- ^ de Klerk 1991, m/s. 139.
- ^ de Klerk 1991, m/s. 140; Glad & Blanton 1997, m/s. 579.
- ^ de Klerk 1991, m/s. 139, 140.
- ^ de Klerk 1991, m/s. 140.
- ^ Rondganger, Lee (19 March 2021). "FW de Klerk diagnosed with cancer, undergoes treatment". Independent Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ Nyambar, Nickyson (11 November 2021). "Bekas Presiden Afrika Selatan, FW de Klerk meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 November 2021=url-status=live. Check date values in:
|access-date=
(bantuan) - ^ Lacey, Marc (11 November 2021). "F.W. de Klerk, Last President of Apartheid South Africa, Dies at 85". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ Frankel, Glenn (11 November 2021). "F.W. de Klerk, South African Nobel Prize winner for opening government, dies at 85". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2021. Dicapai pada 11 November 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Didahalui oleh: P.W. Botha (Presiden Negara Afrika Selatan) |
Presiden Negara Afrika Selatan ke-9 |
Digantikan oleh: Nelson Mandela |