Kamaboko
Kamaboko (蒲鉾 ) atau versi Koreanya iaitu Eomuk (Hangul: Eomuk ; hanja: 어묵 ) adalah sebutan untuk pelbagai makanan dari ikan yang dihancurkan, dibentuk di atas sepotong kayu, dan dimasak dengan cara dikukus. Hirisan kamaboko boleh terus dimakan begitu saja atau digunakan sebagai pelengkap dan hiasan pelbagai makanan berkuah, seperti ramen, soba, atau udon.
Adonan diletakkan di atas potongan kayu berbentuk segi empat dan diratakan hingga berbentuk separuh bulat. Potongan kayu yang menjadi alas kamaboko dipilih dari kayu yang tidak berbau apabila dikukus. Adunan sering dicampur pewarna makanan berwarna merah jambu agar menarik. Salah satu jenis kamaboko ialah yang dipanggil Naruto atau Naruto-maki, apabila dipotong akan membentuk hirisan bermotifkan pusaran air. Kamaboko yang berperisa ketam dipanggil kanikama atau kanikamaboko.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada zaman dahulu, istilah "kamaboko" digunakan untuk makanan yang sekarang dipanggil Chikuwa, kerana berbentuk bulat memanjang seperti bunga (ho) sejenis tanaman rumput yang disebut Gama. Kemudian, kamaboko dibentuk di atas sepotong kayu sehingga disebut Itakamaboko (kamaboko di atas papan), sedangkan Chikuwa yang dahulunya dipanggil Chikuwa-kamaboko hanya disebut Chikuwa. Kini, Itakamaboko hanya disebut sebagai kamaboko. Di Jepun, persatuan penghasilan kamaboko menetapkan pada 15 November sebagai Hari Kamaboko. 15 November di ambil dari tahun 1115, kerana pada tahun itu kamaboko pertama kali dihidangkan di istana maharaja.
Harga bahan yang berupa ikan berdaging putih agak mahal menjadikan kamaboko sebagai makanan mewah. Kamaboko juga adalah salah satu makanan yang harus ada dalam masakan Osechi (hidangan tahun baru).
Eomuk
[sunting | sunting sumber]Di Korea, kek ikan ini dipanggil "eomuk" atau "odeng" (ungkapan salah berasal dari perkataan Jepun, "oden"). Ia adalah produk makanan laut yang diproses diperbuat daripada kisaran ikan putih dan bahan-bahan lain seperti kanji kentang, gula dan sayur-sayuran. Di Korea, eomuk adalah salah satu daripada bahan-bahan yang popular, yang digunakan untuk sup ("eomuk-tang"), hidangan sampingan ("eomuk-bokkeum") dan kimbap. Terutamanya, "eomuk-tang", dihidangkan dengan pencucuk dalam sup, adalah makanan yang sangat popular di jalan bersama-sama dengan tteokbokki, yang digemari semua peringkat umur. Kek ikan tradisional Korea adalah nipis dan berbentuk segi empat tepat, tetapi bentuk dan perisa alternatif juga boleh didapati hari ini.
Kamaboko di pelbagai daerah Jepun
[sunting | sunting sumber]- Saiku kamaboko (kamaboko berseni)
- Kamaboko yang dibentuk dengan bentuk ikan kakap atau mizuhiki, digunakan sebagai cenderamata yang diagihkan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Tradisi ini terdapat di Maizuru dan Toyama. Kamaboko berharga mahal dengan bentuk ikan kakap berskala 1:1 sering diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan yang mewah.
- Haben
- Di Toyama, kamaboko dipanggil Habén dan tidak dibentuk di atas sepotong kayu tetapi dibentuk seperti gulungan tamagoyaki.
- Sasa-kamaboko (kamaboko bambu)
- Di bandar Sendai, kamaboko tidak menggunakan alas sepotong kayu, tapi dibentuk seperti daun buluh (sasa) dan ditusuk dengan tusukan dari buluh. Sasa-kamaboko digunakan sebagai hadiah dan buah tangan khas Sendai.
- Yaki-kamaboko (kamaboko panggang)
- Di daerah Kansai, orang lebih menyukai kamaboko yang bahagian atasnya dipanggang hingga berwarna keemasan.
Cara pembuatan
[sunting | sunting sumber]Bahan asas adalah ikan yang memiliki daging berwarna putih. Bahagian daging ikan yang berwarna gelap dipisahkan dan tidak digunakan. Setelah dicuci dengan air untuk menghilangkan darah dan lemak, potongan daging ikan digiling dengan giling batu. Adunan ditambah tepung agar kamaboko memiliki kenyal. Rempah yang ditambahkan ke dalam adunan berupa gula, garam, mirin, dan putih telur. Adunan diratakan di atas sepotong kayu dan dikukus.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Indonesia) Pangan laut: belajar dari Jepun Diarkibkan 2006-06-19 di Wayback Machine
- (Jepun) Persatuan penghasilan kamaboko Diarkibkan 2009-05-28 di Wayback Machine Laman web khas kamaboko
- (Jepun) Senarai pertanyaan yang sering diajukan tentang kamaboko Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine