Stadium Emirates
Stadium Emirates ستاديوم إميراتس | |
---|---|
Stadium Elit UEFA | |
Nama lama | Ashburton Grove |
Lokasi | Holloway Islington London N5 1BU |
Koordinat | 51°33′18″N 0°6′31″W / 51.55500°N 0.10861°WKoordinat: 51°33′18″N 0°6′31″W / 51.55500°N 0.10861°W |
Dibuka | 22 Julai 2006 |
Pemilik | Arsenal F.C. |
Permukaan | Desso GrassMaster |
Kos pembinaan | £ 390 juta £ 470 juta (keseluruhan) |
Arkitek | Populous (dahulu HOK Sport)[1] |
Jurutera struktur | Buro Happold |
Jurutera perkhidmatan | Buro Happold |
Kontraktor utama | Sir Robert McAlpine |
Kapasiti | 60,361 tempat duduk[2] |
Dimensi padang | 105 × 68 meter |
Penyewa | |
Arsenal F.C. (2006–kini) |
Stadium Emirates (ستاديوم إميراتس) atau Ashburton Grove merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Bandaraya London, England. Ia dibina oleh kumpulan pereka yang terdiri daripada syarikat Populous, perunding pembinaan Arcadis UK dan firma Buro Happold. Stadium ini merupakan gelanggang kelab kepada sebuah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Arsenal (Arsenal F.C.) . Sebelum itu, kelab ini menjadikan Stadium Highbury di Highbury, London Utara sebagai markas utama mereka sejak 6 September 1913 hinggalah 7 Mei 2006.
Dengan kapasiti berjumlah 60,361 penonton, ini menjadikan Stadium Emirates sebagai stadium kedua terbesar dalam Liga Perdana Inggeris selepas Stadium Old Trafford yang merupakan gelanggang kelab kepada Kelab Bola Sepak Manchester United (Manchester United F.C.) serta stadium ketiga terbesar di seluruh England selepas Stadium Wembley (London) dan Stadium Old Trafford (Manchester). Tambahan pula, terdapat khabar angin bahawa stadium itu akan dikembangkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Emirates Stadium". Populous. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-28. Dicapai pada 2011-12-04. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-14. Dicapai pada 2011-12-04.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Emirates |
- Laman sesawang rasmi stadium Diarkibkan 2004-11-06 di Wayback Machine - arsenal.com
- Rencana berkaitan rekaan stadium dan kawasan sekitarnya - designbuild-network.com
- Gambar Stadium Emirates di Flickr