Soffiya
Soffiya | |
---|---|
Genre | Drama |
Format | Siri televisyen |
Ditulis oleh | Eenaz Mokhtar Tommy CT Loh |
Pengarah | Joeza Rasidi |
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Fizo Omar Azhar Sulaiman Izara Aishah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Kabir Bhatia Mira Mustaffa Francis Foo |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempoh siaran | Isnin hingga Khamis |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Julung kali ditayangkan di | 21 September 2011 |
Siaran asal | 21 September 2011 – 8 November 2011 |
Status | Tamat tayang |
Kronologi | |
Mengikuti | Kasih Alia |
Diikuti oleh | Tentang Dhia |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Soffiya ialah sebuah drama televisen yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3 di slot Akasia, mulai 21 September 2011 hingga 8 November 2011. Drama keluaran Kabir Bhatia dan arahan Joeza Rasidi ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Azhar Sulaiman dan Izara Aishah.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan. Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya.
Ikuti kisah Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.
Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya.
Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifly) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.
Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.
Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aishah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.
Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.
Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.
Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.
Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya? [1] [2]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Tiz Zaqyah sebagai Soffiya
- Fizo Omar sebagai Ilyas
- Azhar Sulaiman sebagai Kamal
- Izara Aishah sebagai Fiona
- Syazwan Zulkifly sebagai Muiz
- Hilal Azman sebagai Sulaiman
- Aishah Atan sebagai Aishah
- Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Kak Ton
- Mardiana Azahari sebagai Faizah
- Fyka sebagai Alice
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.budiey.com/sinopsis-drama-soffiya-lakonan-izara-aishah/
- ^ Drama Soffiya mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.