Pergi ke kandungan

Dataran Bandaraya Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Dataran Bandaraya)
Dataran Bandaraya Johor Bahru

Dataran Bandaraya Johor Bahru adalah sebuah dataran yang terletak di bandaraya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Dataran ini juga dikelilingi dengan Hotel Thistle di bahagian belakang dataran, Jalan Lingkaran Dalam di bahagian kanan dataran, Jalan Thmpson di bahagian kiri dataran dan Jalan Skudai di bahagian hadapan dataran. Ia juga terletak berhadapan dan menghadap Selat Tebrau.

Di atas bumi, terdapat sebuah menara jam yang menerima pancaran matahari. Dataran ini juga lama terkenal untuk mengadakan kegiatan luar. Ia telah dirasmikan pada 31 Disember 1993 sempena Majlis Perasmian Johor Bahru sebagai bandar raya pada hari esok, hari pertama tahun 1994.