Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota | |||||
Isteri Pemangku Sultan Johor[1] | |||||
Tempoh | 28 Januari 2024 - kini | ||||
Didahului oleh | Raja Zarith Sofiah | ||||
Isteri Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 24 Oktober 2014 - kini | ||||
Didahului oleh | Raja Zarith Sofiah | ||||
Keputeraan | Khaleeda binti Bustamam 16 Julai 1993 (Umur 31 tahun, 3 bulan dan 28 hari) Kuala Lumpur, Malaysia | ||||
Pasangan | Tunku Mahkota Ismail (k. 2014) | ||||
Anakanda | YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah | ||||
| |||||
Ayahanda | Bustamam bin Daud | ||||
Bonda | Aziyah binti Abdul Aziz | ||||
Agama | Islam |
Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor (lahir Khaleeda binti Bustamam; Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.
16 Julai 1993) merupakan suri kepadaPendidikan
[sunting | sunting sumber]Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003), Sekolah St. George's Hanover Square, London (2003 hingga 2004), Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010).
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Che' Puan Mahkota Khaleeda merupakan anak kepada pasangan Encik Bustamam bin Daud dan Puan Aziyah binti Abdul Aziz. Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol.
Perkahwinan dan anakanda
[sunting | sunting sumber]Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che' Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).[2]
Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang diputerakan pada 25 Jun 2016.[3]. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) yang diputerakan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada 16 Julai 2019. Baginda dikurniakan anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang diputerakan pada 21 April 2021.
Gelaran diraja
[sunting | sunting sumber]Jumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7 (2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkuatkuasa serta-merta pada 7 Januari 2024.[4]
Kerabat
[sunting | sunting sumber]YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda berkahwin dengan DYAM Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan dua orang putera.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah |
25 Jun 2016 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 8 tahun, 4 bulan dan 19 hari |
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim |
14 Oktober 2017 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 7 tahun dan 30 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim |
17 Julai 2019 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 5 tahun, 3 bulan dan 27 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
21 April 2021 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 3 tahun |
Peranan dan penglibatan dengan masyarakat
[sunting | sunting sumber]Baginda merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor[5]
Baginda telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Julai 2021.[6]
Baginda juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Johor.[7]
Panggilan dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Che' Puan Mahkota Khaleeda | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Che’ Puan |
Gaya pilihan | Che' Puan Mahkota |
- 16 Julai 1993 - 24 Oktober 2014: Cik Khaleeda binti Bustamam
- 24 Oktober 2014 - 15 September 2019: Yang Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
- 15 September 2019 - 23 Mac 2021: Yang Amat Mulia Che' Puan Khaleeda binti Bustamam
- 23 Mac 2021 - 31 Disember 2023: Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam[8]
- 1 Januari 2024 - 7 Januari 2024: Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam
- 7 Januari 2024 - kini: Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor[9]
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, D.K., S.P.M.J.
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor telah dikurniakan:
- Johor:
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati, Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) (23 Mac 2019)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Datin Paduka (15 Mac 2015)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ (28 Januari 2024). Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim telah berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor bermula hari ini. Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ (20 Oktober 2014). Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che’ Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor mStar. Dicapai pada 6 September 2023.
- ^ NST Online: Johor crown prince weds sweetheart
- ^ Mohd Sharkawi Londing (2 Januari 2024) Isteri TMJ terima kurnia gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam. Kosmo!. Dicapai pada 2 Januari 2024.
- ^ Youtube: CHE’ PUAN KHALEEDA: RAKYAT SIHAT LAHIRKAN MINDA POSITIF
- ^ Nor Hidayati Mokhtar (12 Julai 2021) Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam telah dilantik sebagai Pro-Canselor baharu bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa 12 Julai 2021 hingga 11 Julai 2024. UTM NewsHub. Dicapai pada 6 September 2023.
- ^ @theroyaljohor (20 September 2023). "Che' Puan Mahkota Khaleeda telah hadir ke Majlis Penutupan Rasmi Sambutan Hari Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor Tahun 2023". Dicapai pada 20 September 2023 – melalui Instagram.
- ^ (25 Mac 2021). DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan memuliakan gelaran isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam dengan gelaran “Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam”. Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2023.
- ^ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2024-02-02.