Secebis kehidupan
Secebis kehidupan (bahasa Inggeris: slice-of-life , pinjam terjemah ungkapan Perancis: tranche de vie ) merujuk kepada genre cereka khusus yang menggambarkan selingan dalam kehidupan seharian yang biasa-biasa[1]. Cerita yang terangkum dalam genre ini lazim memaparkan kegiatan yang dilakukan watak-watak dalam sesebuah latar secara sewenang-wenangnya seringkali tidak melibatkan perkembangan jalan cerita, konflik mahupun eksposisi; malah jalan cerita berpendekatan begini sering mempunyai penamat yang "terbuka" (open ending) atau tidak putus.
Konsep ini mula berputik dari pementasan teater merujuk kepada penampakan kehidupan sebenar yang bersifat sejadi atau naturalistik; pengungkapan atau penggambaran gaya penceritaan ini mula muncul melalui istilah asal ia, tranche de vie, oleh Jean Jullien (1854-1919), seorang pengarang lakon dari Perancis dengan pementasan Le Théâtre vivant (1892) dikaryakan beliau. [2]
Kelaziman mengikut medium
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Manga dan anime
[sunting | sunting sumber]Dalam konteks penceritaan anime dan manga, sebarang karya dalam dua jenis kategori medium ini yang diberi label "slice of life" cenderung memaparkan jalan cerita yang berunsur melodrama berbanding drama serta menampilkan perkara tidak masuk akal melalui adegan dramatik dan komedi yang berlangsung dalam jangka masa cerita pendek. Genre ini biasanya memberi tumpuan kepada sekolah yang paling dominan dalam kehidupan orang muda, termasuk hubungan peribadi mereka baik di dalam mahupun di luar lingkungan keluarga mereka. [3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jewell, Elizabeth J. & Abate, Frank R. (editors) (September 2001). "Slice of Life". The New Oxford American Dictionary (ed. First). Oxford University Press. ISBN 0-19-511227-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "Slice of life". Random House Unabridged Dictionary. 2006.
- ^ Brenner, Robin (2007). Understanding Manga and Anime. Westport, CT: Greenwood Publishing Group. m/s. 112. ISBN 9781591583325.