Pergi ke kandungan

Ikan emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Carassius auratus)

Ikan emas
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Subkeluarga: Cyprininae
Genus: Carassius
Spesies:
C. auratus
Nama binomial
Carassius auratus
Sinonim
List of synonyms
    • Carassius discolor (Basilewsky, 1855)
    • Carassius burgeri (Temminck & Schlegel, 1846)
    • Carassius coeruleus (Basilewsky, 1855)
    • Carassius encobia (Bonaparte, 1845)
    • Carassius grandoculis (Temminck & Schlegel, 1846)
    • Carassius pekinensis (Basilewsky, 1855)
    • Cyprinus auratus (Linnaeus, 1758)
    • Cyprinus gibelioides (Cantor, 1842)
    • Cyprinus mauritianus (Bennett, 1832)
    • Cyprinus chinensis (Gronow, 1854)
    • Cyprinus maillardi (Guichenot)
    • Cyprinus nigrescens (Günther, 1868)
    • Cyprinus thoracatus (Valenciennes 1842)
    • Neocarassius ventricosus (Castelnau, 1872)
Kap Krusia yang memiliki mutasi untuk pigmen kuning. Sesetengah ikan emas yang awal mungkin kelihatan seumpama ini

Ikan emas atau ikan mas (Carassius auratus) ialah ikan air tawar dalam keluarga Cyprinidae bagi order Cypriniformes. Ia salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada keluarga ikan kap (yang merangkumi ikan koi serta kap Krusia), ikan emas ialah versi bela jinak bagi kap kelabu tua yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China)[4] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Mutasi yang melahirkan ikan emas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.

Ikan emas boleh membesar sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak ikan emas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, ikan emas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan ikan emas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk.[5]

Semasa Dinasti Tang, penternakan ikan kap di dalam kolam-kolam adalah amat popular. Disebabkan oleh mutasi genetik dominan, salah satu daripada ikan-ikan kap itu menonjolkan warna "emas" (sebenarnya jingga kekuning-kuningan) dan bukannya warna memutih. Manusia mula menternakkan ikan kelainan emas dan menonjolkan ikan-ikan itu di dalam bekas yang kecil. Ikan-ikan itu tidak dikekalkan di dalam bekas tersebut, tetapi dipelihara di dalam kumpulan air tawar yang lebih besar seperti kolam. Hanya untuk upacara-upacara khas ketika tetamu-tetamu dijangka akan datang bahawa ikan-ikan mas akan dipindahkan ke dalam bekas yang kecil. [4]

Pada tahun 1162, maharani Dinasti Song mengarahkan pembinaan sebuah kolam untuk mengumpulkan kelainan ikan kap yang berwarna merah dan emas. Menjelang saat itu, orang-orang daripada luar keluarga diraja dilarang memelihara kelainan Ikan Mas yang berwarna emas (kuning) kerana warna kuning merupakan warna diraja. Ini mungkin merupakan sebab mengapa adanya lebih banyak ikan mas yang berwarna jingga, berbanding dengan ikan mas yang berwarna kuning, walaupun jenis yang berwarna kuning adalah lebih mudah untuk diternakkan. [6]

Dengan berlalunya masa, lebih banyak mutasi berlaku, dan melahirkan kelainan-kelainan yang berwarna baru serta yang lebih aneh. Kewujudan warna-warna yang lain dicatat buat pertama kali pada tahun 1276, dengan kewujudan kelainan ekor yang aneh dicatat semasa Dinasti Ming. Pada tahun 1502, Ikan Mas dibawa masuk ke Jepun dan kelainan-kelainan Ryukin dan Tosakin diperkembangkan.

Pada tahun 1611, Ikan Mas dibawa masuk ke Portugal dan dari sana, ke tempat-tempat yang lain di Eropah. Ikan Mas dibawa masuk ke Amerika Utara buat pertama kali pada tahun 1874 dan dengan cepatnya menjadi popular di Amerika Syarikat.

Kelainan ikan Mas peliharaan

[sunting | sunting sumber]

Pembiakkan terpilih selama berkurun-kurun telah menghasilkan beberapa kelainan warna, beberapa darinya telah berjaya menghilangkan warna keemasan dari ikan emas asal yang diternak. Baka baru ini juga memiliki bentuk badan, sirip dan mata yang berbeza. Beberapa baka baru yang ekstrem juga hanya boleh hidup dan dibiakkan di dalam akuarium. Kini, terdapat kira-kira 300 baka yang diakui di China.[7] Majoriti besar baka ikan Mas pada hari ini berasal dari China.[7] Beberapa baka yang terkenal adalah:

Ikan Emas Biasa Moor Hitam Mata Buih
Ikan Mas Biasa berbeza hanya dari segi warna berbanding dengan saudara terdekatnya, kap Prusia. Ikan Mas Biasa boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk merah, oren/emas, putih, hitam dan kuning lemon. Moor Hitam adalah sejenis baka ikan mas hias dengan mata yang terkeluar dari tempatnya. Ia juga dikenali sebagai popeye, teleskop, kuro demekin di Jepun dan mata naga di China. Ikan emas ini memiliki mata yang mengarah ke atas. Matanya terkandung di dalam dua bebola cecair yang besar.
Mata Celestial Komet Ekor Kipas
Ikan Mas Mata Celestial memiliki ekor berkembar dan amat menyerupai dengan baka Mata Buih. Komet atau Ikan Mas ekor Komet adalah baka hias yang paling biasa di Amerika Syarikat. Ia sama dengan ikan Mas Biasa, kecuali memiliki saiz lebih kecil dan badan lebih kurus. Ia boleh dikenali oleh dengan ekor yang panjang dan ekor bercabang. Ikan Mas Ekor Kipas adalah bentuk barat bagi Ryukin dan memiliki badan berbentuk telur, satu sirip dorsal yang tinggi, satu sirip bercabang empat yang panjang. Ikan ini tidak memiliki bongkok di bahu.
Kepala Singa Oranda Sisik Mutiara
Kepala Singa memiliki sebuah hud di atas kepalanya. Ikan ini merupakan pelopor bagi ranchu. Oranda memiliki dicirikan dengan kepala berhud menyerupai buah rasberi yang meliputi keseluruhan kepala kecuali mata dan mulut. Sisik Mutiara atau chinshurin dalam bahasa Jepun memiliki badan bulat dengan sirip menyerupai dengan ekor kipas.
Pompom Ryukin Shubunkin
Pompoms atau hana fusa memiliki sepasang daging yang tumbuh di antara dua lubang hidungnya. Ryukin memiliki badan yang pendek, bulat dan bongkok di bahu. Shubunkins (朱文金) memiliki ekor tunggal dengan sisik berkilau dan corak dikenali sebagai calico.
Mata Teleskop Ranchu Panda Moor
Mata Teleskop atau demekin boleh dikenali melalui matanya yang tersembul keluar. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan mas mata glob atau mata naga. Ranchu adalah sejenis ikan emas bertudung di kepalanya. Orang Jepun merujuk ikan ini sebagai "raja bagi ikan mas". Panda Moor memiliki ciri-ciri corak warna hitam dan putih dan mata yang menonjol keluar.
Ekor Jarang Ekor Rama-rama Meteor
Ekor Jarang atau veiltail dikenali dengan ekor berkembar yang panjang dan jarang. Sirip ekornya seolah-olah menyerupai kain tudung jarang pengantin perempuan. Moor Ekor Rama-rama atau Teleskop Rama-rama merupakan sejenis baka berketurunan dari Mata Teleskop. Ia memiliki ekor berkembar dan cantik jika dilihat dari atas. Kembangan sirip ekornya menyerupai kepak rama-rama di dalam air. Ikan Mas Meteor adalah sejenis kelainan yang kelihatan aneh yang dibiakkan oleh pakar pembaka ikan mas hias. Ia tidak memiliki sirip ekor, yang mana namanya berasal.[8][9]
Lionchu Ikan Telur Shukin
Lionchu atau Kepala Singa-Ranchu adalah sejenis ikan mas hias yang diterbitkan dari kacukan antara Kepala Singa dengan Ranchu.[10][11] Ikan Mas Ikan Telur merupakan pembiakan terpilih yang dilakukan oleh pakar pembaka ikan mas hias yang mana menghasilkan ikan tanpa sirip dorsal dan badan berbentuk telur.[12][13] Shukin adalah ikan mas menyerupai Ranchu yang terhasil dari kacukkan Ranchu dan Oranda pada akhir kurun ke-19 di Jepun.
Insang Keriting Tamasaba Tosakin
Ikan Mas Insang Keriting atau Insang Terbalik adalah salah lagi kelainan luar biasa yang dibiakkan oleh peminat ikan mas. Ia mendapat namanya dari rupa penutup insangnya yang terbalik.[8][14] Tamasaba atau Sabao sejenis kelainan ikan mas luar biasa berasal dari Jepun. Bentuk badannya menyerupai Ryukin dan ekor tunggal, beralun yang panjang menyerupai ikan mackerel, oleh itu nama lain ikan mas ini adalah Ekor Mackerel. Tosakin atau ikan mas ekor kipas keriting adalah baka ikan mas dengan sirip ekor yang besar yang mengembang secara mendatar (seperti sebuah kipas) di belakang ikan. Meskipun dari segi teknikalnya ia adalah ekor yang terbelah, kedua-duanya bercantum ditengah-tengah membentuk sepasang sirip tunggal.
Wakin Jikin Maharaja
Wakin adalah sejenis ikan mas biasa dengan ekor seperti Ekor Kipas dan bercabang. Ikan jenis ini merupakan ikan mas biasa dari Timur Jauh. Jikin juga dikenali sebagai ekor merak memiliki ekor bercabang dan berkembang ke arah luar. Ia merupakan salah satu jenis yang sukar dibiakkan untuk menepati standardnya. Ikan ini dibiakkan di Jepun berdasarkan jenis Wakin. Imperial adalah sejenis ikan mas eksperimen yang luar biasa yang sedang dibiakkan oleh GSGB. Fail:Imperial goldfish.jpg

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Huckstorf, V.; Freyhof, J. (2013). "Carassius auratus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T166083A1110472. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-1.RLTS.T166083A1110472.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ "USGS-NAS, Non-indigenous Aquatic Species". Dicapai pada 2015-04-29.
  3. ^ "Carassius auratus (Linnaeus, 1758)". Fishbase. Dicapai pada 2015-04-29.
  4. ^ a b "Maklumat latar belakang Ikan Mas". Dicapai pada 2006-07-28.
  5. ^ "Perbualan Ikan daripada Laman web Profishional, Musim luruh 2001 (PDF)" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2005-05-23. Dicapai pada 2006-07-21.
  6. ^ "Ikan Mas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-01. Dicapai pada 2006-07-21.
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama roots
  8. ^ a b Andrews, Dr. Chris. "An Interpet Guide to Fancy Goldfish", Interpet Publishing, 2002 - ISBN 1-902389-64-6
  9. ^ Fancy Goldfish Varieties, Bristol Aquarists' Society, Bristol-Aquarists.org, retrieved on: June 20, 2007
  10. ^ ""What is a Lionchu?" by Peter Ponzio, an article from the Goldfish Pages Website (Goldfish Society of America), date retrieved: 26 May 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-09-26.
  11. ^ ""GFSA - Ask the Judges", an article about the Lionchu by Larry Christensen, Peter Ponzio, Scott Taylor, Tony Reynolds and John Parker, from the Goldfish Pages Website (Goldfish Society of America), date retrieved: 27 May 2007" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-09-26.
  12. ^ Andrews, Chris, Dr. An Interpet Guide to Fancy Goldfish, Interpet Puhttp://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Goldfish&action=submitblishing, 2002. - ISBN 1-902389-64-6
  13. ^ "Nutrafin Aquatic News, Issue #4, 2004, Rolf C. Hagen, Inc. (USA) and Rolf C. Hagen Corp. (Montreal, Canada)". Hagen.com. Dicapai pada 2011-11-19.
  14. ^ Johnson, Dr. Erik L., D.V.M. and Richard E. Hess. Fancy Goldfish: A Complete Guide to Care and Collecting, Shambhala Publications, Inc., 2001 - ISBN 0-8348-0448-4

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]