Tukang leher merah (burung)
Tukang leher merah | |
---|---|
Di Portugal | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Caprimulgus |
Spesies: | C. ruficollis
|
Nama binomial | |
Caprimulgus ruficollis Temminck, 1820
| |
Taburan
pembiakan bermusim sejuk |
Tukang leher merah (Caprimulgus ruficollis) ialah tukang terbesar yang terdapat di Eropah. Ia membiak di Iberia dan Afrika Utara, dan bermusim sejuk di Afrika Barat tropika.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua subspesies: ruficollis (penama), yang membiak di Iberia, dan desertorum yang membiak di Afrika Utara. Desertorum bentuk Afrika Utara lebih pucat daripada Iberia, dan mempunyai corak yang berbeza pada pangkal pelepah primernya: jalur gelap dan jingga dengan lebar yang lebih kurang sama, berbanding jalur jingga yang lebih sempit dan lebih kehitaman pada ruficollis.[2]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Buluannya yang beraneka ragam menyerupai tukang Eropah. Dewasa berwarna kelabu liken, bersorot dan berbelang dengan kuning pucat, berangan, dan hitam. Bahagian bawahnya bersorot. Ia lebih besar dan ekornya lebih panjang berbanding spesies yang lebih meluas, dan mempunyai leher warna karat. Kedua-dua jantina mempunyai tompok pada sayap, bahagian ekor, dan tekak berwarna putih. Pada siang hari, ia berduduk diam di atas tanah, tersembunyi oleh buluannya; ia sukar dikesan, kelihatan seperti ranting yang dilitupi liken atau serpihan kulit kayu. Panjangnya ialah 32 cm, dan lebar sayapnya 64 cm. Seperti tukang lain, ia mempunyai nganga lebar, sayap panjang, buluan lembut gebu halus dan tabiat nokturnal.
Seruan
[sunting | sunting sumber]Seruannya ialah "kyok-kyok-kyok..." berulang, yang meninggi dan merendah apabila ia menolehkan kepalanya dari sisi ke sisi. Apabila ia berbunyi, ia berbaring atau berjongkok di sepanjang dahan atau rel, tetapi ia akan menyanyi dari tiang. Semasa acara pemikatan, dan kadang-kadang pada masa lain, ia menggunakan isyarat mekanikal, iaitu bunyi retak tajam yang disebabkan oleh penepukan kedua-dua sayap sekali di belakangnya.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Hutan berpasir terbuka dengan pokok atau belukar ialah tempat kediamannya. Ia terbang pada waktu senja, paling kerap pada waktu matahari terbenam, dengan penerbangan yang mudah dan senyap seperti rama-rama; kepak sayapnya yang kuat dan disengajakan berselang-seli dengan sapuan dan ayunan yang anggun. Serangga krepuskul, seperti rama-rama, ialah makanannya.
Sarang
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan penghijrah lewat, jarang muncul di kawasan pembiakan sebelum akhir April atau awal Mei. Tiada sarang dibuat; dua biji telur berbentuk lonjong dihasilkan ke atas tanah kosong; induk mengeram duduk rapat atas telurnya sebagai perlindungan.
Status dan pengedaran
[sunting | sunting sumber]Kekuturayauan
[sunting | sunting sumber]Ia telah ditemui sebagai kutu rayau dua kali di utara Eropah, di Northumberland, Britain pada Oktober 1856,[2] dan di Denmark pada tahun 1991.[3] Burung yang di Northumberland ditembak di Killingworth pada 5 Oktober oleh penjaga mergastua, dan spesimen tersebut telah dibeli oleh John Hancock.[4] Pada tahun 2006, Keith Vinicombe dan Dominic Mitchell meragui rakaman British, mempercayai bahawa kekurangan perincian mengenai keadaan penemuannya menunjukkan bahawa kesilapan atau penipuan tidak boleh diketepikan.[5] Jawatankuasa Rakaman Kesatuan Pakar Ornitologi British kemudiannya melangteliti rakaman tersebut dan membuat kesimpulan bahawa ia harus terus dianggap boleh diterima.[2] Rakaman British ialah burung musim luruh pertama dari ruficollis bangsa Iberia, dan rakaman Denmark juga tampaknya dalam bentuk tersebut; cadangan awal bahawa burung British tersebut berasal dari desertorum bangsa Afrika Utara ialah salah – kepucatan spesimen tersebut disebabkan pudar semasa dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Hancock.[2][6] Terdapat juga beberapa rakaman Eropah abad kesembilan belas dari luar julat pembiakan biasa spesies tersebut: dari tenggara Perancis, Malta, Kepulauan Kenari, Kroatia, Palestin, dan Sisili.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2022). "Caprimulgus ruficollis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T22689875A211192401. doi:10.2305/IUCN.UK.2022-2.RLTS.T22689875A211192401.en. Dicapai pada 21 July 2022.
- ^ a b c d e Melling, Tim (2009) Should Red-necked Nightjar be on the British List?
- ^ Christensen, Rolf (1996) A Red-necked Nightjar in Denmark Birding World 9(4): 152 (this short note contains a photograph of the Danish specimen)
- ^ Palmer, Philip (2000) First for Britain and Ireland 1600–1999 ISBN 1-900159-41-4
- ^ Mitchell, Dominic and Keith Vinicombe (2006) Birds of Britain – the complete checklist
- ^ Cleere, Nigel (2001) The identity of the British record of Red-necked Nightjar British Birds 94(8): 393