Pergi ke kandungan

Serigala Artik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Canis lupus arctos)

Serigala Artik
C. l. arctos, Parc Omega, Quebec, Kanada
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. arctos
Nama trinomial
Canis lupus arctos
Pocock, 1935
Wilayah C. l. arctos

Serigala Artik (Canis lupus arctos), juga dikenali sebagai serigala Pulau Melville[1] ialah satu subspesies mungkin bagi serigala kelabu yang asli di Kepulauan Artik Kanada, dari Pulau Melville ke Pulau Ellesmere.[1] Ia merupakan satu subspesies bersaiz sederhana, dibezakan daripada serigala barat laut dengan saiz kecilnya, warnanya yang lebih putihnya, tempurung otak kurang lebar,[2] dan karnasial lebih besar.[3] Sejak 1930, terdapat penurunan progresif dari segi saiz pada tengkorak serigala Artik, yang paling sekali disebabkan oleh pengacukan serigala-anjing.[3]

Berlawanan dengan padanan tanah besarnya, serigala Artik tidak pernah diburu dengan parah, kerana Artik tinggi tidak mempunyai banyak petempatan manusia. Oleh itu, serigala Artik agak tidak takut akan manusia, dan boleh memujuk untuk mendekati orang di sesetengah kawasan.[4] Ia kadang-kadang pernah bertindak dengan langsang terhadap manusia. Otto Sverdrup mengarang bahawa semasa ekspedisi Fram, sepasang serigala menyerang salah seorang daripada rakan sepasukannya, yang mempertahankan dirinya dengan batang ski.[5] Pada 1977, sepasang ahli sains didekati oleh enam ekor serigala di Pulau Ellesmere, dengan seekor haiwan melompat ke arah salah seorang daripada ahli sains tersebut dan melelas pipi. Sebilangan insiden yang melibatkan serigala langsang telah berlaku di Alert, Nunavut, tempat serigala ini telah tinggal hampir dengan stesen cuaca tempatan selama berdekad-dekad dan menjadi terbiasa terhadap manusia.[6]

Serigala Artik pertama kali diperihalkan sebagai subspesies tersendiri oleh ahli zoologi British Reginald Pocock pada 1935, selepas memeriksa tengkorak tunggal dari Pulau Melville.[3] Setakat 2005,[7] serigalaa Artik masih diakui sebagai subspesies tersendiri oleh MSW3. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan terhadap data DNA dan mtDNA mikrosatelit autosom serigala Artik menunjukkan bahawa tiada haplotip unik, lalu menunjukkan bahawa kolonisasinya di Kepulauan Artik dari tanah besar Amerika Utara adalah agak baru, dan lalu tidak cukup untuk mewajarkan status subspesies.[8]

  1. ^ a b Mech, L. David (1981), The Wolf: The Ecology and Behaviour of an Endangered Species, Akhbar Universiti Minnesota, ms. 352, ISBN 0-8166-1026-6
  2. ^ Goldman, E. A. (1964). Classification of wolves. In The Wolves of North America Bahagian 2. Young, S. P. & Goldman, E. A. (Eds.) New York: Dover Publs. ms. 430.
  3. ^ a b c Clutton-Brock, J., A. C. Kitchener, & J. M. Lynch. (1994) Changes in the skull morphology of the Arctic wolf, Canis lupus arctos, during the twentieth century. Journal of Zoology (London) 233:19–36.
  4. ^ Mech, L. D., Arctic Wolves and Their Prey, National Oceanic and Atmospheric Administration, 30 Mei 2007
  5. ^ Sverdrup, O. N., (1918), New land; four years in the Arctic regions, Jil. I, London Longmans, Green, ms. 431–432
  6. ^ Linnell, J.D.C., et al (2002), The Fear of Wolves: A Review of Wolf Attacks on Humans Diarkibkan 2013-11-09 di Wayback Machine, NINA, ms. 29–31, ISBN 82-426-1292-7
  7. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  8. ^ Chambers SM, Fain SR, Fazio B, Amaral M (2012). "An account of the taxonomy of North American wolves from morphological and genetic analyses". North American Fauna. 77: 1–67. Dicapai pada 2 Julai 2013.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]