Pekaka cicit
Pekaka cicit | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | A. atthis
|
Nama binomial | |
Alcedo atthis | |
Taburan membiak
Resident all year-round Non-breeding range |
Pekaka cicit, pekaka Eurasia atau pekaka sungai (nama saintifik: Alcedo atthis)[2][3] ialah sejenis burung raja udang kecil dengan tujuh sub-spesies yang diakui dengan habitat yang bertaburan luas di Eurasia dan Afrika Utara. Ia tinggal dalam banyak tempat dalam kawasan taburannya tetapi bermigrasi daripada kawasan di mana sungai-sungai akan membeku semasa musim sejuk.
Burung pekaka jenis ini merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Burung ini memiliki ekor yang pendek, kepala yang besar serta paruh yang tidak bergigi dan panjang. Panjang badannya 16 sentimeter dengan jarak sayap 25 sm,[4] beratnya 34–46 gram.[5]
Warna bulu
[sunting | sunting sumber]Tubuhnya diselubungi bulu pelepah berwarna biru di bahagian atas dan jingga di bahagian bawah. Ia mempunyai jalur leher berwarna biru hijau, garis putih di tengah muka dan tekak burung, bahagian bawah yang kemerahan dan paruh hitam dengan sedikit warna merah di pangkalnya. Kakinya berwarna merah.[4]
Burung betina hampir serupa dengan burung jantan kecuali paruh bawahnya merah jingga dengan hujung berwarna hitam. Anak burung serupa dengan burung dewasa tetapi dengan bahagian atas yang lebih kusam dan hijau serta bahagian bawah yang lebih pucat; paruh dan kakinya hitam.[4]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Diet utamanya adalah ikan, yang mana ditangkap dengan cara menyelam dan ia memiliki adaptasi penglihatan khas yang membolehkannya melihat di dalam air.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Telur burung pekaka cicit mempunyai cangkerang keras, berwarna putih dan bersinar. Sebiji telur 1.9 sm lebar, 2.2 sm panjang dan mempunyai berat 4.3 g, 5% telurnya ialah cangkerang. Seekor burung pekaka cicit betina bertelur 2 hingga 10 biji dalam satu sangkak.[6] Telur-telur ini dieramkan di dalam sarang di tebing-tebing sungai.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2016). "Alcedo atthis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22683027A89575948. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22683027A89575948.en. Dicapai pada 6 Oktober 2022.
- ^ D.R. 16/2010 RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010
- ^ "Alcedo atthis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c Fry, C. Hilary; Fry, Kathie; Harris, Alan (1999). Kingfishers, Bee-eaters and Rollers. London: Christopher Helm. m/s. 219–221. ISBN 978-0-7136-5206-2.
- ^ Snow, David; Perrins, Christopher M., penyunting (1998). The Birds of the Western Palearctic (ed. padat). Oxford: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-854099-1.
- ^ Robinson, R. A. (2005). "Kingfisher Alcedo atthis (Linnaeus, 1758)". BirdFacts. British Trust for Ornithology. Dicapai pada 6 Oktober 2022.