Burung Hantu Punggur
Burung Hantu Punggur | |
---|---|
Burung Hantu Punggur di Kakegawa Kacho-en, Kakegawa, Shizuoka, Jepun | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | S. leptogrammica
|
Nama binomial | |
Strix leptogrammica Temminck, 1831
|
Burung Hantu Punggur (bahasa Inggeris: Brown Wood Owl) ialah sejenis burung hantu yang terdapat di Asia Selatan, dari India dan Sri Lanka ke Indonesia barat dan China selatan. Nama sainsnya Strix leptogrammica.[2]
Burung hantu ini boleh digolongkan dalam dua famili utama, iaitu:
- famili Strigidae yang merupakan kumpulan burung hantu yang lebih besar. Oleh sebab kumpulan ini merangkumi kebanyakan burung hantu, kumpulan ini juga dikenali sebagai "burung hantu tipikal";
- famili Tytonidae.
Burung Hantu Punggur ialah burung hutan yang jarang ditemui. Burung ini bersarang di dalam lubang pokok atau pada batang pokok bercabang, dan menghasilkan dua biji telur.
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Burung Hantu Punggur mempunyai saiz yang sederhana, antara 45 dan 57 sentimeter. Bahagian atasnya berwarna coklat tua yang rata, dengan bintik-bintik putih yang kelam pada bahunya, manakala bahagian bawahnya berwarna kuning pucat dengan jalur coklat.
Bulatan muka burung ini, yang tidak mempunyai bulatan sepusat, berwarna coklat atau seakan-akan merah, dengan tepi yang putih. Matanya berwarna coklat tua, dan lehernya mempunyai jalur yang putih. Kedua-dua jantina mempunyai ciri-ciri yang sama.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Spesies ini amat nokturnal tetapi burung hantu ini sering dapat dikesan oleh burung-burung kecil yang mengerumuninya sewaktu burung ini bertenggek di atas pokok. Burung ini makan mamalia yang kecil, burung, dan reptilia. Bunyi burung hantu ini hoohoohoohoohoohoo atau pekikan yang kuat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ BirdLife International (2012). "Strix leptogrammica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
- Burung-burung India oleh Grimmett, Inskipp dan Inskipp, ISBN 0-691-04910-6.
- Grimmett, Richard; Inskipp, Carol, Inskipp, Tim & Byers, Clive (1999): Birds of India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka, and the Maldives. Princeton University Press, Princeton, N.J.. ISBN 0-691-04910-6
- Holt, Denver W., Berkley, Regan; Deppe, Caroline; Enríquez Rocha, Paula L.; Olsen, Penny D.; Petersen, Julie L.; Rangel Salazar, José Luis; Segars, Kelley P. & Wood, Kristin L. (1999): 96. Brown Wood Owl. In: del Hoyo, J.; Elliott, A. & Sargatal, J. (eds): Handbook of Birds of the World, Volume 5: Barn-owls to Hummingbirds: 197-198, plate 12. Lynx Edicions, Barcelona. ISBN 84-87334-25-3
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Burung Hantu Punggur |