Burung Botak Leher Hitam
Burung Botak Leher Hitam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Burung Botak Leher Hitam adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Ephippiorhynchus asiaticus.
Burung Botak Leher Hitam (Ephippiorhynchus asiaticus) merupakan burung meranduk tinggi berleher panjang dalam keluarga pucung. Ia merupakan spesies tempatan sepanjang Asia Selatan dan Asia Tenggara dengan populasi terasing di Australia. Ia tinggal di habitat berpaya memburu sejumlah besar pelbagai haiwan mangsa. Burung dewasa kedua-dua jantina memiliki paruh yang berat dan berpola putih dan hitam berkilat, tetapi kedua jantina berbeza dari segi warna iris. Di Australia, ia kadang kala digelar Jabiru sungguhpun nama tersebut merujuk kepada spesies pucung yang terdapat di Amerika. Ia merupakan salah satu keluarga pucung yang menjaga kawasan semasa makan.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Burung Botak Leher Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Botak Leher Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Botak Leher Hitam tidak bergigi.
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Burung Botak Leher Hitam merupakan burung yang besar, setinggi 130–150 cm (51–60 inci) dan memiliki lebar sayap 230-cm (91-inci). Berat purata sekitar 4,100 gram.[1][2] Pola jambul adalah jelas dengan burung muda berbeza dari dewasa. Burung dewasa memiliki kepala, leher, pelepah penerbangan kedua dan ekor biru-kehitaman berkilauan licin; atas kepala perang tembaga; perut dan belakang putih melepak; paruh hitam dengan bahagiang atas cembung sedikit; dan kaki merah menyala. Kedua jantina serupa tetapi burung Bangau Leher Hitam betina memiliki iris kuning sementara yang janta memiliki iris perang. Burung muda kurang dari enam bulan memiliki iris keperangan; paruh yang kecil sedikit dan lebih lurus; kepala, leher, bahagian atas belakang, sayap dan ekor bewarna perang, kelihatan agak kusut; perut putih; dan kaki yang gelap. Burung muda lebih dari 6 bulan memiliki rupa bertompok terutama pada bahagian kepala dan leher di mana kilauan separa terbentuk; pelepah utama luaran perang-gelap; pelepah utama dalaman putih yang membentuk tompok bahu ketika sayap kucup; paruh berat sama saiz dengan dewasa tetapi masih lebih lurus, dan kaki antara gelap ke merah jambu pucat.[3] Sepertimana kebanyakan pucung, burung Botak Leher Hitam terbang dengan leher terjulur tidak ditarik masuk seperti heron. Ketika terbang ia kelihatan kurus dan palang hitam merentasi sayap putih (yang menyerupai Pucung Hitam ("Black Stork") berhijrah yang memiliki sayap hitam sepenuhnya[4]) dengan leher dan ekor hitam yang membezakannya.[5][6]
Taksonomi dan sistematik
[sunting | sunting sumber]Burung Botak Leher Hitam pertama kali digambarkan oleh pakar burung John Latham sebagai Mycteria asiatica, spesies ini kemudiannya diletakkan dalam genus Xenorhynchus berasaskan morfologi.[7] Berdasarkan persamaan tingkah laku, Kahl[8] mencadangkan meletakkan spesies dalam genus Ephippiorhynchus, yang termasuk spesies tunggal, Saddle-billed Stork. Meletakkan kedua-dua Burung Botak Leher Hitam dan Saddle-billed Stork di bawah genera yang sama kemudiannya disokong oleh kedua-dua data osteologikal dan tingkah laku,[9] and DNA-DNA hybridisation and Cytochrome - b data.[10] Genera Xenorhynchus dan Ephippiorhynchus kedua-duanya dicipta pada masa yang sama, dan penilai pertama, Kahl[8] memilih yang terkemudian sebagai genus sah bagi kedua-dua spesies. Burung Botak Leher Hitam dan Saddle-billed Stork Ephippiorhynchus senegalensis adalah spesies pucung yang menunjukkan sexual dimorphism pada warna iris.[8]
Makanan
[sunting | sunting sumber]Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Burung Botak Leher Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Botak Leher Hitam bercangkerang keras.
Habitat
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadelHoyo
- ^ Hancock, J & JA Kushlan & MP Kahl (1992). Storks, Ibises and Spoonbills of the World. Academic Press.
- ^ Sundar KSG & GP Clancy & N Shah (2006). "Factors affecting formation of flocks of unusual size and composition in Black-necked Storks (Ephippiorhynchus asiaticus) in Australia and India". Emu. 106: 253–258.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawhistler
- ^ Rasmussen PC & JC Anderton (2005). Birds of South Asia: The Ripley Guide. Volume 2. Smithsonian Institution & Lynx Edicions. m/s. 63–64.
- ^ Baker, ECS (1929). Fauna of British India. Birds. Volume 6 (ed. 2). Taylor and Francis, London. m/s. 326–327.
- ^ Peters, J.L. (1931). Check-list of birds of the world. Harvard University Press, Cambridge, Massachusetts. m/s. 1–345.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamakahl
- ^ Wood, DS (1984). "Concordance between classifications of the Ciconiidae based on behavioral and morphological data". Journal of Ornithology. 125 (1): 25–37. doi:10.1007/BF01652936.
- ^ Slikas, B. (1997). "Phylogeny of the avian family Ciconiidae (Storks) based on cytochrome b sequences and DNA - DNA hybridisation distances". Molecular Phylogenetics and Evolution. 8 (3): 275–300.