Cendawan bebola gergasi
Cendawan bebola gergasi | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. gigantea
|
Nama binomial | |
Calvatia gigantea |
|
Calvatia gigantea yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan bebola gergasi merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan. Cendawan ini biasanya dijumpai di padang rumput dan hutan daun luruh di seluruh dunia terutama lewat musim panas dan musim luruh. Kebanyakan cendawan bebola gergasi yang tumbuh di serata dunia mempunyai garis pusat di antara 10 hingga 70 sm. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa cendawan ini yang mampu mencapai lebih 150 sm dari garis pusat dan seberat 20 kg. Cendawan bebola gergasi yang belum matang mempunyai bahagian dalaman yang berwarna putih manakala yang sudah matang berwarna perang kehijau-hijauan.
Spesies sepunya
[sunting | sunting sumber]Bagi membezakan cendawan ini dengan spesies beracun yang lain seperti Scleroderma areolatum, cendawan bebola gergasi perlu dikerat separuh dan menampakkan bahagian dalaman yang berwarna putih padu. Meskipun terdapat juga spesies lain yang berwarna putih dan bentuknya seperti cendawan bebola gergasi tetapi jika dipotong, spesies terbabit sebenarnya mempunyai bahagian pileus padahal Calvatia gigantea berbentuk bebas. Cendawan yang mempunyai bahagian pileus ini berkemungkinan besar beracun.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Cendawan bebola gergasi. |
- (Inggeris) AmericanMushrooms.com: Cendawan Bebola Gergasi
- (Inggeris) Cendawan Bebola Gergasi
- (Inggeris) Foto Cendawan Bebola Gergasi berserta penerangan
- (Inggeris) Lycoperdaceae: The True Puffball Family